Apa beza PKR dan Umno?
Oleh ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR
PEMILIHAN untuk jawatan
Timbalan Presiden PKR khabarnya semakin sengit dan setakat ini DS Azmin
Ali dikatakan mendahului pencabarnya Rafizi Ramli namun dengan
kelebihan yang tipis.
Azmin selain menghadapi Rafizi seakan
menghadapi juga seluruh keluarga DS Anwar Ibrahim apabila Rafizi
berpasukan dengan Nurul Izzah menghadapi Team Azmin.
Kini di penghujung peringkat pemilihan tiba-tiba Rafizi yang ketinggalan mendakwa pemilihan PKR dicemari politik wang.
Benarkah parti yang dibina atas semangat
reformasi menentang rasuah, kronisma dan nepotisma hari ini turut
terjebak dengan barah politik wang yang dituduhnya pada Umno satu ketika
dahulu.
Satu undi bersamaan RM100, itulah nilai lawan untuk mengalahkannya, dakwa Rafizi.
Kalau benar dakwaan ini tidak ada beza
PKR dengan Umno. Umno yang berkuasa lebih 60 tahun dikatakan hancur
apabila bahana politik wang meresap ke dalam darah daging. Kini PKR
pula.
Itu pun kalau betul dakwaan Rafizi.
Kalau tak benar dan Rafizi pun banyak terlibat dalam kes memfitnah orang
lain, ternyata demi kuasa apa sahaja akan digunakan untuk mencantas dan
menghalang pihak lain.
Terbukti politik PKR ini tiada kelihatan
punya kekuatan dan kemampuan membela kepentingan ummah dan negara
kecuali kepentingan dan agenda peribadi masing-masing.
Budaya fitnah, politik wang dan cah keting sudah menjadi budaya malah mungkin lebih parah dari Umno yang merela serang dan tuduh.
Beringat-ingatlah bangsa dan negaraku. Jangan terlepas mulut buaya rupanya kita terjun masuk mulut harimau.





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.