Bantahan pemandu teksi
Oleh MIOR ISFANDY MIOR AZIZAN
SYARIKAT perkhidmatan
teksi terkemuka, Big Blue Taxi Facilities akan melancarkan piket
bantahan besar-besaran di Kementerian Kewangan. Piket itu bertujuan
untuk membantah sekeras-kerasnya kenyataan Setiausaha Politik Menteri
Kewangan, YB Tony Pua beberapa hari lalu yang mencadangkan agar
perkhidmatan Grab digunakan bagi menggantikan bas pengantara di
stesen-stesen MRT.
Cadangan tersebut menimbulkan kemarahan
kepada syarikat dan pengusaha perkhidmatan teksi yang lain kerana
disifatkan tidak adil. Menurut Penasihat Big Blue Taxi Facilities
Shamsubahrin Ismail, kerajaan lebih mempromosikan Grab sahaja tanpa
mempertimbangkan syarikat perkhidmatan teksi dan e-hailing yang lain.
Selain itu, beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap Kementerian
Pengangkutan kerana gagal menguatkuasakan undang-undang terhadap Grab
dan pemandunya.
Sebelum PRU Ke-14 yang lalu, banyak
khabar angin yang mendakwa syarikat Grab dimiliki oleh Datin Seri Rosmah
Mansor. Walau bagaimanapun, dakwaan tersebut telah dinafikan oleh bekas
Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana ia berunsur fitnah.





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.