https://critoxium.com/shop/

Terkini

Asmirul Dilantik Terajui Pakatan Harapan Parlimen Kuala Kedah


ALOR SETAR Ketua AMANAH Kawasan Kuala Kedah, Asmirul Anuar Aris dilantik semula memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Parlimen Pakatan Harapan Kuala Kedah (Pakatan Harapan Kuala Kedah) di dalam Mesyuarat Agung Pakatan Harapan Peringkat Parlimen Kuala Kedah yang diadakan baru baru ini.

Menurut Asmirul Anuar Aris yang juga Pengerusi AMANAH Negeri Kedah, pelantikan semula pihaknya sebagai Pengerusi dilaksanakan secara konsensus melibatkan perwakilan dari kalangan parti komponen Pakatan Harapan Kuala Kedah iaitu AMANAH. KEADILAN dan DAP.

Katanya, jawatan yang disandang bukanlah sebuah kemuliaan kepada dirinya, sebaliknya ia merupakan tanggungjawab berat perlu dipikul bagi memastikan halu tuju Pakatan Harapan Parlimen Kuala Kedah diuruskan bagi menempuh PRU16 nanti.

“Kami (Pakatan Harapan Kuala Kedah) komited untuk menggerakkan seluruh instrumen dan organ parti dalam “Satu Pasukan Pakatan Harapan”, khususnya bagi melaksanakan arahan-arahan PH Kedah, disamping mengatur gerak kerja mendampingi masyarakat di dalam parlimen Kuala Kedah, katanya.

“Komitmen saya ialah memastikan PH Parlimen Kuala Kedah digerakkan segera di dalam kerangka hala tuju PRU16 yang kami sepakati bersama-sama, ujarnya.

Antara yang menduduki jawatan utama Pakatan Harapan Kuala Kedah ialah dua Timbalan Pengerusi iaitu Mohamad Shakir bin Lukman (Ketua Cangang KEADILAN) dan Abd Ghani bin Ismail (Ketua Bahagian DAP), Zuraida Hamid (AMANAH) dilantik sebagai Setiausaha, Bendahari pula disandang oleh Victor Khor Wei Keat ( DAP ) serta seorang Ketua Pemuda iaitu Mohd Zulfadli Bin Hussin (AMANAH) dan Ketua Wanita, Nor Aishah binti Osman (KEADILAN). Setiap parti komponen diberi kuota melantik seramai tiga orang dari parti masing-masing sebagai Ahli Jawatankuasa.

Turut hadir memantau perjalanan Mesyuarat Agung Pakatan Harapan Kuala Kedah ialah Basir Haji Ismail, Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Negeri Kedah bersama anggotanya Dato’ Romli Ishak dan Asri Baharom.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.