Gelombang Anak Muda: 50 Sertai Pemuda AMANAH Kedah
Pendang, Kedah – Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah menerima penyerahan borang permohonan keahlian baharu melibatkan seramai 50 orang anak muda dalam satu majlis yang berlangsung di Kampung Paya Sena @ Bukit Jambul, di sini.
Penyerahan borang keahlian tersebut telah disampaikan kepada Dato’ Dr. Ismail Salleh, Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional. Majlis berkenaan turut disaksikan oleh Sdr. Muain Ahmad Shukri, Ketua Pemuda AMANAH Kedah, serta Che Halim, Timbalan Ketua AMANAH Kawasan Pendang bersama barisan pimpinan AMANAH Pendang.
Kemasukan ahli-ahli baharu ini mencerminkan peningkatan sokongan dan keyakinan golongan muda terhadap perjuangan serta hala tuju AMANAH, khususnya dalam memperjuangkan agenda politik matang, berintegriti dan berteraskan kebajikan rakyat.
Pemuda AMANAH Kedah menyifatkan perkembangan ini sebagai satu isyarat positif terhadap pengukuhan jentera parti di peringkat akar umbi, selain memperlihatkan kesediaan anak muda untuk terlibat secara aktif dalam landskap politik tanah air.






Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.