https://critoxium.com/shop/

Terkini

Anwar lebih obses kepada nak 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗛


Oleh Raja Gelap II

Selepas PH menang PRU14, Mahathir dilantik jadi PM sementara menunggu DS Anwar dibebaskan, menurut satu 𝗽𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶𝗮𝗻 yang ditandatangani oleh semua ahli Majlis Presiden PH masa tu.

Sebaik DS Anwar dibebaskan dan menang dalam PRK PD, mula terdapat suara-suara yang mahu Mahathir 𝘀𝗲𝗿𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 kepada DS Anwar secepat mungkin tetapi Mahathir beralasan.

Desakan itu dan keengganan Mahathir menyebabkan wujud keretakan dalam PH. Respon DS Anwar ketika itu, beliau memohon supaya Mahathir diberi ruang untuk menjalankan kerjanya.

Mahathir boleh jadi PM 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗶𝗮 𝗺𝗮𝗵𝘂, tegas DS Anwar. Ramai kecewa dengan reaksi DS Anwar tapi beliau lebih mementingkan 𝗸𝗲𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻 bending beliau sendiri jadi PM.

Malah apabila Mahathir letak jawatan sebagai 𝗵𝗲𝗹𝗮𝗵 supaya dapat elak peralihan kuasa, DS Anwar pada awalnya bersetuju letakkan nama Mahathir sebagai calon PM dari PH.

Aku sendiri pun marah pada masa tu. Mahathir dah khianat PH, tapi masih nak calonkan dia. Sampailah bila Mahathir kekal ego dan enggan berjumpa dengan pimpinan PH, barulah nama DS Anwar dicalonkan.

Orang boleh tuduh DS Anwar 𝗼𝗯𝘀𝗲𝘀 nak jadi PM. Tapi yang aku nampak, DS Anwar lebih obses kepada nak 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗛. Beliau rela beralah kepada fossil pengkhianat tu.

Akhirnya semua terletak pada mata hati kita sendiri bagaimana kita nak menilai. Kalau memang sudah benci, kita boleh buat lupa sejarah ini. Tapi kalau kita ikhlas kepada kebenaran, kita akan kata perkara yang sebenarnya. Guane boh?

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.