https://critoxium.com/shop/

Terkini

Cara Fikir MP Pun Celaru ?

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Entah sudah kali keberapa saya menulis tentang neraca, yakni menggunakan neraca yang betul dalam menilai sesuatu, apatah lagi dalam membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.

Neraca cecair ialah liter. Neraca tali ialah meter. Tapi kadang-kadang air dan tali menggunakan neraca ukur yang sama iaitu kilogram. Hal itu berlaku dengan kriteria tertentu.

Sebahagian orang dengan mudah meletakkan semua perkara dalam satu bakul. Misalnya, mungkar arak dan zina diletak dalam satu bakul sebagai mungkar.

Padahal arak ada neracanya sendiri, zina ada neracanya sendiri. Misalnya, keharaman arak menerima keharusan iaitu boleh minum ketika terdesak melampau padahal keharaman zina tidak membuka langsung ruang keharusan.

Tidak ada pertimbangan terdesak untuk mungkar zina. Jika seseorang mendakwa dia berzina kerana dipaksa misalnya, dakwaannya tak diterima kerana mana mungkin seorang lelaki mampu "melakukannya" jika dipaksa.

Bahkan, benda yang diletak dalam satu bakul juga perlu ditangani dengan neraca yang berbeza. Misalnya, telur di bahagian bawah bakul tak sama cara menanganinya kerana ia lebih mudah pecah kerana tekanan berbanding telor yang disusun di bahagian atas bakul.

Demikian halnya dalam menangani isu-isu masyarakat. Menangani perokok dan LGBT tak boleh guna pendekatan yang sama kerana terlalu banyak perbezaan antara kedua-dua "mungkar" itu.

Bahaya rokok ialah asapnya, padahal LGBT tidak mengeluarkan "asap". Duduk bersebelahan perokok tidak selesa kerana asap jika dia merokok, padahal duduk di sebelah LGBT tidak terganggu kerana asap, tapi mungkin ada gangguan lainlah.

Jadi, tanganilah setiap isu masyarakat berdasarkan gangguan yang timbul itu, bukan pukul rata seolah-olah semua masalah adalah sama dan cara penyelesaiannya adalah sama.

Apabila MP BN selar menteri dalam isu rokok, kononnya sekat rokok dan biar LGBT, saya fikir MP itu kurang faham cara menilai sesuatu menggunakan neraca yang betul.

Saya cadangkan supaya MP berkenaan banyak membaca buku-buku berkaitan gaya bijak berfikir supaya saraf otaknya dapat bersambung dengan baik.

Kalau dia malas membaca, elok dia banyak minum susu.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.