Kerajaan ajak rakyat kecam pemandu teksi ‘kurang ajar’
PETALING JAYA: Seorang timbalan menteri hari ini mengajak rakyat
untuk bersama mengecam beberapa ahli persatuan pemandu teksi yang keluar
majlis dan berteriak kerana tidak bersetuju dengan pandangan Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung perkhidmatan perkongsian
kenderaan.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar menyifatkan tindakan mereka sebagai “kurang ajar”.
“Budi pekerti macam itu kita kutuk, tak semestinya berkaitan dengan teksi ke apa,” katanya ketika dihubungi
Beliau mengulas kejadian di majlis perjumpaan perdana menteri bersama persatuan teksi di Langkawi hari ini yang kecoh apabila kira-kira 10 pemandu berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar dari majlis semasa Dr Mahathir sedang bercakap.
Perdana menteri ketika itu berkata dia akan terus mencari jalan
terbaik untuk menyelesaikan masalah yang timbul daripada perkhidmatan
perkongsian kenderaan.
Selepas kekecohan 2 minit itu dan situasi kembali reda, Dr Mahathir berkata dia akan cuba membantu memulihkan pendapatan pemandu teksi.
Perdana menteri juga kecewa dengan sikap pemandu teksi yang enggan mendengar penjelasannya.
“Dr Mahathir telah memberi banyak sumbangan serta mengambil berat tentang Langkawi,” kata Kamarudin.
Timbalan menteri mengagak Dr Mahathir “terasa hati” dengan sikap pemandu terbabit, menyebabkan dia berkata sanggup meletak jawatan.
“Itu komen peribadi agaknya sebab berlaku di Langkawi,” katanya.
Kamarudin dalam masa sama berkata kerajaan tidak memberikan sebarang keistimewaan kepada pemandu perkhidmatan perkongsian kenderaan.
“Tak ada, dasar kementerian ialah pengangkutan teksi, Grab sama. Lesen, insurans, keperluan kereta sama,” katanya.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar menyifatkan tindakan mereka sebagai “kurang ajar”.
“Budi pekerti macam itu kita kutuk, tak semestinya berkaitan dengan teksi ke apa,” katanya ketika dihubungi
Beliau mengulas kejadian di majlis perjumpaan perdana menteri bersama persatuan teksi di Langkawi hari ini yang kecoh apabila kira-kira 10 pemandu berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar dari majlis semasa Dr Mahathir sedang bercakap.
Selepas kekecohan 2 minit itu dan situasi kembali reda, Dr Mahathir berkata dia akan cuba membantu memulihkan pendapatan pemandu teksi.
Perdana menteri juga kecewa dengan sikap pemandu teksi yang enggan mendengar penjelasannya.
“Dr Mahathir telah memberi banyak sumbangan serta mengambil berat tentang Langkawi,” kata Kamarudin.
Timbalan menteri mengagak Dr Mahathir “terasa hati” dengan sikap pemandu terbabit, menyebabkan dia berkata sanggup meletak jawatan.
“Itu komen peribadi agaknya sebab berlaku di Langkawi,” katanya.
Kamarudin dalam masa sama berkata kerajaan tidak memberikan sebarang keistimewaan kepada pemandu perkhidmatan perkongsian kenderaan.
“Tak ada, dasar kementerian ialah pengangkutan teksi, Grab sama. Lesen, insurans, keperluan kereta sama,” katanya.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.