Kerajaan terdedah sabotaj, menteri 'dipukau' pegawai 'DNA BN'
KUALA LUMPUR, — Datuk A Kadir Jasin membidas menteri yang
dikuasai "saki-baki tali barut kerajaan lama" mengakibatkan kerajaan
Pakatan Harapan (PH) berdepan bahaya sabotaj.
Menulis dalam blognya hari ini, beliau mengkritik menteri yang "tiada pengalaman" dan mengekal kakitangan awam dan eksekutif yang tidak cekap, korup dan memiliki "DNA BN".
"Saya dimaklumkan ada menteri yang tidak suka atau tidak lagi mahu mendengar maklum balas parti dan orang ramai mengenai ketua setiausaha kementerian (KSU) mereka," coretnya.
"Kalau betul – tidak kira kalau sedikit sekali pun – hal ini amat berbahaya bagi kerajaan PH dan rakyat jelata yang bergantung kepadanya".
Bekas
ketua pengarang kumpulan NSTP berkata situasi sama berlaku dalam agensi
berkaitan kerajaan (GLC) atau syarikat pelaburan berkaitan kerajaan
(GLIC).
Beliau berkata mereka cenderung menyembunyikan maklumat dan angkuh kerana berasa kerajaan baru "tidak tahu apa-apa" dan kepakaran mereka "tidak dapat diganti".
Kadir mencadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pusat Kebangsaan Mengenai Governans, Integriti dan Antirasuah (GIACC) memantau mereka.
"Sebelum terlambat dan rakyat jelata hilang keyakinan kepada kerajaan PH, saya rasa elok menteri, menteri besar, ketua menteri dan semua wakil rakyat PH disekolahkan," katanya.
Menulis dalam blognya hari ini, beliau mengkritik menteri yang "tiada pengalaman" dan mengekal kakitangan awam dan eksekutif yang tidak cekap, korup dan memiliki "DNA BN".
"Saya dimaklumkan ada menteri yang tidak suka atau tidak lagi mahu mendengar maklum balas parti dan orang ramai mengenai ketua setiausaha kementerian (KSU) mereka," coretnya.
"Kalau betul – tidak kira kalau sedikit sekali pun – hal ini amat berbahaya bagi kerajaan PH dan rakyat jelata yang bergantung kepadanya".
Beliau berkata mereka cenderung menyembunyikan maklumat dan angkuh kerana berasa kerajaan baru "tidak tahu apa-apa" dan kepakaran mereka "tidak dapat diganti".
Kadir mencadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pusat Kebangsaan Mengenai Governans, Integriti dan Antirasuah (GIACC) memantau mereka.
"Sebelum terlambat dan rakyat jelata hilang keyakinan kepada kerajaan PH, saya rasa elok menteri, menteri besar, ketua menteri dan semua wakil rakyat PH disekolahkan," katanya.



Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.