https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kesatuan: 65% kru kabin syarikat penerbangan Australia alami gangguan seksual

SYDNEY: Kira-kira 65% kru kabin syarikat penerbangan Australia berdepan gangguan seksual, dengan seorang daripada 5 mengalaminya sehingga 10 kali, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan (TWU) yang dikeluarkan hari ini.

Insiden itu termasuk serangan seksual yang serius, petugas dihimpit dan diserang, penumpang mendedahkan alat sulit mereka kepada petugas, petugas disentuh secara tidak wajar, komen yang bersifat amat seksual dan komen menjatuhkan maruah yang menyasarkan kru berdasarkan orientasi seksual mereka.

Keputusan menunjukkan insiden berlaku dalam semua syarikat penerbangan utama, dan kebanyakan laporan membabitkan juruterbang dan petugas kanan lain.

Susulan kebimbangan berdasarkan situasi yang bertambah buruk, hanya 31% mereka yang berdepan gangguan seksual melaporkan perkara itu, dan mereka yang berbuat demikian menyatakan amat tidak berpuas hati dengan cara aduan tersebut ditangani.
“Keputusan ini amat menyedihkan dan mengejutkan,” kata setiausaha nasional TWU, Michael Kaine.
“Ia menunjukkan syarikat penerbangan tidak mengambil serius isu itu dan tidak menyokong pekerja ketika mereka berdepan serangan sedemikian setiap hari.”

TWU kini merancang untuk bekerjasama dengan responden yang sanggup terlibat dalam kajian itu, bagi mencari penyelesaian bagi masalah tersebut.

“Kami telah mendapat banyak maklum balas positif daripada mereka yang kami hubungi untuk mengambil bahagian dalam kajian ini,” kata Kaine sambil menambah bahawa ramai orang ingin melihat isu ini didedah serta ditangani.

“ …belum memadai bagi syarikat penerbangan untuk menyatakan bahawa mereka sememangnya mempunyai polisi dalam menangani gangguan seksual.”

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.