PAS alu-alukan hasrat PM
Oleh NUR HASMIRA MOHAMAD
KUALA LUMPUR: PAS mengalu-alukan hasrat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengembalikan semula semangat federalisme.
"Kita harap supaya diberi peluang yang
sepenuhnya supaya dapat dilakukan reformasi yang dicadangakan dan kita
mendukung apa yang baik dan kita menegur apa yang tidak baik," katanya. –H/Daily
KUALA LUMPUR: PAS mengalu-alukan hasrat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengembalikan semula semangat federalisme.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, hasrat ini wajar dilaksanakan kerana termaktub dalam perlembagaan.
"Selama ini kuasa ini (federalisme)
telah dicabuli, PAS memerintah negeri Terengganu sejak tahun 1999 dan
Kelantan berlaku diskriminasi sehingga berpanjangan," katanya pada
sidang media hari ini.
Jelasnya, diskriminasi berlaku
mengaitkan penafian hak rakyat negeri Kelantan dan Terengganu dalam
royalti yang telah dilanggar perjanjian tersebut oleh kerajaan pusat.
Namun, kini dipercayai hasil royalti itu
dalam usaha untuk dikembalikan semula kepada kerajaan negeri Kelanan
dan Terengganu setelah kerajaan menyatakan hasrat memperkasakan kuasa
kerajaan negeri melalui pengagihan kerajaan pusat.
"Kita syukur alhamdulillah dan kita
sangat mengalukan kenyataan Tun untuk membuat pembetulan. Ini reformasi
yang sebenar, reformasi untuk pemisahan kuasa bukan sahaja termasuk
bandar-bandar lain yang ada bidang kuasa keajaan negeri untuk
dilaksanakan.
"Sekurang-kurangnya mengikut apa yang
ada dalam perlembagaan dan sebaik-baiknya kalau perlu hal-hal yang lain
perlu ditambah baik lagi, kita sangat mengalukan,” ujarnya yang juga
Ahli Parlimen Marang.
Katanya, usaha itu akan meringankan beban kerajaan pusat.
Beliau turut mengulas langkah kerajaan
yang mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri, menteri besar dan ketua
menteri selama dua penggal.
"Kalau sekiranya seorang pemimpin dapat
jalankan tugas dengan baik dalam masa dua tahun, kalau sangat baik ini
tak payah kita tukar kecuali kalau ada salah laku, kelemahan-kelemahan
satu penggal pun tak boleh beri, kita kena sedar itu perlu dipantau.
"Dua tahun itu bukan satu ukuran yang tetap, kita kena fleksibel.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.