PAS kukuh dengan akar umbi
Oleh ABDUL HADI AWANG
PENUBUHAN Parti Islam
Se-Malaysia (PAS) adalah menunaikan kewajipan Islah dan Tajdid, bukan
kenegerian dan kebangsaan. PAS menyambung kewajipan dakwah Islam dan
politik berqudwahkan Rasulullah S.A.W. yang tidak mati perjuangannya
dengan kewafatan Baginda S.A.W.
PAS bukannya cabang yang dipatahkan dan
dipotong daripada mana-mana parti, jamaah atau kumpulan, laksana ranting
yang dipatah dan dipacakkan ke tanah tanpa akar umbinya.
Akar umbi organisasi PAS berasaskan
aqidah perjuangan yang panjang, demi mendapat keredaan Allah, walaupun
jauh perjalanannya daripada dunia sehingga akhirat. Berbeza dengan
mereka yang hanya berjuang untuk menegakkan teori atau ideologi impian
manusia demi mengejar cita-cita yang difikirkan, dan hanya berwawasan
dalam kehidupan dunia sementara waktu.
Perjuangan PAS mendaulatkan kalimah
Allah Yang Maha Mulia di atas muka bumi, menjadikan Islam itu tertinggi
memerintah, bukannya diperintah. Cahayanya tidak boleh dipadamkan,
walaupun negaranya dihilangkan dan partinya dikalahkan dan diharamkan,
tetap membela umat manusia mengikut tahap kemampuannya sama ada menjadi
kerajaan atau pembangkang.
PAS yang berpengalaman kehilangan
pemimpin kerana mati, ditahan ISA, melarikan diri, kalah pilihan raya,
dan pernah diharamkan slogan Allah Muhammad, diharamkan simbol Bulan
Sabit dan Bintang Lambang Khilafah, tetap bertambah ahli dan
penyokongnya, serta berkembang cawangannya ke seluruh pelosok tanah air,
termasuk menyeberangi laut ke Sabah dan Sarawak sehingga ke luar
negara.
PAS hanya belum menang tidak kalah,
kerana terus berjuang tidak pernah berhenti mengaku kalah. Hanya ada
kalangan manusia yang menyerah kalah atau mengaku kalah kerana tidak
beristiqamah bersama PAS, apabila menghadapi cabaran yang tidak
tertanggung oleh dirinya, sama ada kerana penyakit gila pangkat atau
menyerah kalah, namun mereka yang tetap beristiqamah bersama PAS tidak
pernah rebah dalam perjalanannya. Ada yang terus bersama PAS kerana
perjuangan Islam sehingga akhir hayat yang wajib mendapat kemenangan,
seterusnya tetap ada pelapisnya yang tidak putus meneruskan perjuangan.
Firman Allah S.W.T:
مِّنَ
الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ
فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ ۖ وَمَا
بَدَّلُوا تَبْدِيلًا (23) لِّيَجْزِيَ اللَّهُ الصَّادِقِينَ بِصِدْقِهِمْ
وَيُعَذِّبَ الْمُنَافِقِينَ إِن شَاءَ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ ۚ إِنَّ
اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا (24)
“Di kalangan orang-orang
beriman itu ada beberapa orang yang benar janji mereka kepada Allah
untuk melangsungkan perjuangan. Ada di kalangan mereka telah mati, ada
kalangan mereka yang menunggu giliran untuk mati dan bersedia tidak
mengubah janji mereka sekali-kali (23) Supaya nyata Allah membalas orang
yang benar dengan kebenarannya dan menyiksa orang-orang yang munafik
jika dia menghendaki atau Allah menerima taubatnya, sesungguhnya Allah
itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Surah Al-Ahzab: 23-24)
PAS memilih pendekatan Muwajahah Silmiyyah
(pendekatan damai) mengikut konsep demokrasi walaupun ada ketempangan
dan kelemahan dalam demokrasi. Kerana ternyata pendekatan yang dilakukan
oleh kalangan yang gopoh kononnya tinggi semangat, mencetuskan konflik
dalaman sehingga mengundang campur tangan musuh yang sentiasa menunggu
peluang daripada setiap penjuru.
Kini menunjukkan PAS teguh dan semakin
kuat, bukan hanya mengikut perhitungan PRU, tetapi lebih daripada itu.
Inilah hakikat firman Allah:
أَلَمْ
تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ
طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ (24(تُؤْتِي
أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا ۗ وَيَضْرِبُ اللَّهُ
الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ (25) وَمَثَلُ كَلِمَةٍ
خَبِيثَةٍ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍ اجْتُثَّتْ مِن فَوْقِ الْأَرْضِ مَا
لَهَا مِن قَرَارٍ (26) يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ
الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ ۖ وَيُضِلُّ
اللَّهُ الظَّالِمِينَ ۚ وَيَفْعَلُ اللَّهُ مَا يَشَاءُ (27)
[إِبْرَاهِيمَ: 24-27]
“Tidakkah Engkau melihat
(Wahai Muhammad S.A.W) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan,
iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pokon yang baik, yang
pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang
ke langit. (24) Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin
Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk
manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). (25) Dan bandingan
kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pokok yang tidak
berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak
baginya untuk tetap hidup. (26) Allah menetapkan (pendirian)
orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan
dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim
(kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang
dikehendaki-Nya). (27)” (Surah Ibrahim: 24-27)
Para ulama tafsir menegaskan bahawa
kalimah yang baik itu ialah kalimah Tauhid yang menolak syirik dan
segala bentuk rupa dan pendekatannya.
Pokok itu ialah orang yang beriman
kepadanya, akar umbinya ialah keimanan atau akidah perjuangan yang
ditanam ke dalam hati sanubarinya dan sentiasa berbuah iaitu amal soleh
yang diterjemahkan dalam kehidupan dan perjuangannya bersama Islam.
Kita menyaksikan kebenaran mukjizat ilmu
Al-Quran, betapa semua kumpulan yang melarikan diri daripada Jamaah
Islam yang asal, laksana ranting patah yang dipacak ke bumi, hanya
menghijau beberapa hari, selepasnya mati kering, daunnya gugur dan
hancur lebur ditelan zaman, hanya menjadi tempat berteduh sementara
waktu.
Maka wala’ dan taat kepada kepimpinan
parti selagi tidak melakukan maksiat adalah sangat penting. Ketaatan
kepada Allah dan Rasul adalah mutlak tidak berbelah bahagi. Adapun
ketaatan kepada pemimpin adalah bersyarat kesetiaannya kepada Allah dan
Rasul yang dibahasakan dalam hukum tertinggi dalam Perlembagaan PAS yang
haram dipinda.
Lafaz Baiah ‘Aqabah yang kedua memberi
penekanan politik dan cabarannya sangat penting sehingga membentuk
kalangan Muhajirin dan Ansar. Mereka yang disifatkan oleh Allah:
وَالَّذِينَ
آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوا
وَّنَصَرُوا أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُم مَّغْفِرَةٌ
وَرِزْقٌ كَرِيمٌ (74(
“Dan orang-orang yang
beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela
Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan
pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah
orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. mereka beroleh
keampunan dan limpah kurnia yang mulia.” (Surah Al-Anfal: 74)
Kalangan Muhajirin yang diuji di Makkah dan kalangan Ansar yang setia kepada Bai’ah, isi kandungannya:
1. Untuk dengar dan taat ketika dalam keadaan bersemangat ataupun malas.
2. Untuk menafkahkan harta ketika susah ataupun senang.
3. Untuk menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah daripada yang mungkar.
4. Untuk tetap berdiri kerana Allah dan tidak menghiraukan celaan orang yang suka mencela kerana Allah.
5. Hendaklah kamu menolongku jika aku datang kepada kamu, melindungiku sebagaimana kamu melindungi diri, isteri dan anak-anak kamu, dan bagi kamu adalah syurga.
2. Untuk menafkahkan harta ketika susah ataupun senang.
3. Untuk menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah daripada yang mungkar.
4. Untuk tetap berdiri kerana Allah dan tidak menghiraukan celaan orang yang suka mencela kerana Allah.
5. Hendaklah kamu menolongku jika aku datang kepada kamu, melindungiku sebagaimana kamu melindungi diri, isteri dan anak-anak kamu, dan bagi kamu adalah syurga.
Pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS)
Allah berfirman kepada Nabi Musa A.S dan Nabi Harun A.S, apabila menghadapi Firaun manusia paling keras:
اذْهَبْ
أَنتَ وَأَخُوكَ بِآيَاتِي وَلَا تَنِيَا فِي ذِكْرِي (42) اذْهَبَا إِلَىٰ
فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ (43) فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَّيِّنًا
لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ (44) (طه)
“Pergilah, engkau dan
saudaramu, membawa mukjizat-mukjizat pengurniaan-Ku dan janganlah kamu
berdua lemah dan cuai dalam menyebut serta mengingati daku. (42)
Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui
batas dalam kekufurannya. (43) Kemudian hendaklah kamu berkata
kepadanya, Dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau
takut (44)” (Surah Taha: 42-44)
Firman Allah kepada Rasulullah S.A.W:
وَلَا
تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۚ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ
أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ
حَمِيمٌ (34) وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا
يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ (35) وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ
الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ
الْعَلِيمُ (36)
“Dan tidaklah sama (kesannya
dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah
(kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila
engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan
terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat
karib. (34) Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan
diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga
dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai
bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. (35) Dan jika
engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka hendaklah engkau
meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha
Mendengar, lagi Maha mengetahui. (36)” (Surah Fussilat: 34-36)
Firman Allah:
۞ وَإِن
جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّهُ
هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (61) وَإِن يُرِيدُوا أَن يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ
حَسْبَكَ اللَّهُ ۚ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ
(62) وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ۚ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ
جَمِيعًا مَّا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ
بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (63)
“Dan jika mereka (pihak
musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung
kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya ia Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (61) Dan jika mereka bertujuan hendak
menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan
perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolongan-Nya
dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. (62) Dan (Dia lah) yang
menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah
engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau
tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi
Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya ia
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (63)” (Surah Al-Anfal: 61-63)
Pengajaran Peristiwa Hudaibiyyah dalam
aspek taat dan wala’ para sahabat tanpa memahami perkara tersirat yang
dirahsiakan. Tanpa mengintip apakah rahsiannya atau kerja mengintip
jamaah sendiri, biar musuh yang mengintip kita dan gagal kerana menjaga
adab.
Akhirnya dapat difahami betapa
Hudaibiyyah menarik jumlah yang menerima Islam berlipat kali ganda dan
berjaya Fathu Makkah. Di antara yang menarik juga ialah Budaya Politik
Matang dan Sejahtera (BPMS), pengampunan beramai-ramai termasuk terhadap
mereka yang disenaraikan tanpa kemaafan.
Allah berfirman kepada Rasulullah S.A.W yang geram terhadap musuhnya kerana kematian sahabatnya dalam peristiwa Uhud:
ادْعُ
إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ
وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن
ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ (125) وَإِنْ
عَاقَبْتُمْ فَعَاقِبُوا بِمِثْلِ مَا عُوقِبْتُم بِهِ ۖ وَلَئِن
صَبَرْتُمْ لَهُوَ خَيْرٌ لِّلصَّابِرِينَ (126) وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ
إِلَّا بِاللَّهِ ۚ وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلَا تَكُ فِي ضَيْقٍ
مِّمَّا يَمْكُرُونَ (127) إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوا
وَّالَّذِينَ هُم مُّحْسِنُونَ (128)
“Serulah ke jalan Tuhanmu
(Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang
baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan
cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih
mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang
lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (125)
Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu
membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada
kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) Sesungguhnya yang demikian itu
adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (126) Dan Bersabarlah
(Wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar
itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon
pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan
mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya Yang
mereka lakukan. (127) Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang
bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (128)”
(Surah An-Nahl: 125-128)
Inilah rahsia kejayaan Islam menguasai
jalan sutera di Asia Tengah sehingga ke Nusantara di Asia Tengara dan
menguasai tiga benua. Sehingga kalangan yang zalim menuduh Islam lebih
bahaya daripada Komunis dan Barat boleh bersatu dengan Komunis kerana
menentang Islam.
Teori Huntington yang menyanggah Francis
Fukuyama menjadi bukti terkini. Kalau Islam terus mara di zaman
penjajahan, InsyaAllah terus mara di zaman kemerdekaan yang sebenarnya
bersama Islam. Satukan yang sudah menganut Islam supaya kembali kepada
Islam dan ajak yang bukan Islam supaya bersama dengan pemerintahan Islam
yang adil terhadap semua.
“Islam Memimpin”
ABDUL HADI AWANGPresiden PAS




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.