Politik dominan vs politik kerjasama
Oleh Dr Asyraf Wajdi Dusuki
PRU14 yang lalu menyaksikan berakhirnya era dominasi politik 61 tahun kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno. Justeru, ada yang mengatakan bahawa dengan berakhirnya era kerajaan BN, maka berakhirlah era politik dominan ketuanan Melayu yang seolah-olah ‘mencengkam’ dan ‘mengancam’ politik bangsa lain berdekad lamanya.
Dengan kata lain, politik dominan ketuanan Melayu seolah-olah menjadi satu penghalang kepada kerjasama politik antara kaum dan agama di Malaysia. Adakah ini satu kebenaran? Atau hanya satu persepsi dan andaian politik serta gagasan politik baharu yang terlalu dahagakan semangat pembaharuan dan reformasi?
Mengikut rekod, politik dominan yang diamalkan Umno-BN sebelum ini tidak pernah menidakkan hak dan peranan kaum dan agama lain. Bangsa dan agama selain Melayu-Islam bebas bergerak dan mencapai kejayaan gemilang dalam pelbagai bidang terutama dalam bidang ekonomi, bahkan mereka turut menikmati perkongsian kuasa dan proses membuat dasar yang sama dengan bangsa Melayu-Islam.
Di manakah silapnya sehingga ada orang Melayu-Islam sendiri boleh mengatakan bahawa politik dominan atau ketuanan Melayu telah berakhir dan tidak relevan? Atau mereka sebenarnya generasi baharu yang BUTA sejarah dan tak mengenal realiti dan hakikat sebenar jati diri bangsa dan agama.
Bagi penulis, politik dominan ketuanan Melayu adalah teras kepada kestabilan politik negara. Kekuatan bangsa induk Melayu-Islam secara majoriti dalam sesebuah kerajaan adalah kunci bahawa keselamatan, hak kaum dan agama induk terjamin dari sudut survival Islam, pemuliharaan dari timbulnya isu-isu yang sensitif secara terbuka serta kawalan terhadap apa yang difikirkan perlu menurut Islam dan kesesuaiannya dengan institusi beraja.
Sebaliknya jika tiada lagi majoriti dan berpecahnya politik Melayu-Islam kepada pelbagai parti hanya akan melemahkan institusi politik orang Melayu-Islam apabila mereka terpaksa berkompromi atas nama ‘kerjasama’ dengan parti lain yang turut mempunyai hak untuk menentukan nasib golongan induk.
Lanskap politik seperti ini pastinya sesuatu baharu bagi Malaysia di mana golongan induk perlu mempertahankan survival mereka dalam keadaan yang tidak pasti. Apalagi perpecahan kepada pelbagai fikrah politik orang Melayu-Islam hanyalah bersifat melemahkan proses membuat keputusan serta membuka ruang seluasnya kepada perdebatan perkara-perkara yang sensitif dan tidak perlu, khususnya dalam isu-isu berkaitan Islam.
Atas nama kesamarataan dan kesaksamaan politik dominan ketuanan Melayu telah dianggap tidak relevan mungkin hanya kerana kebencian memuncak kepada persepsi masalah urus tadbir negara kerajaan terdahulu. Jika itu yang menjadi alasan, maka fokus kini adalah dengan mewujudkan satu eko-sistem urus tadbir yang baik, memperkasa peranan Parlimen dan SPRM serta menyuntik kesedaran tinggi dalam kalangan rakyat tentang peri pentingnya memerangi rasuah dan urus tadbir yang baik.
Tapi jangan sesekali menuding jari menyalahkan kepada peranan ketuanan Melayu yang telah banyak berjasa memakmurkan negara, puluhan tahun membangunkan institusi Bumiputera dan mempertahankan asas-asas jati diri warisan peradaban dan tamadun masa lalu.
Benar, Malaysia sebuah negara demokrasi. Tetapi demokrasi Malaysia adalah adunan antara kekuasaan rakyat memilih pemimpin serta kerajaan dan tegaknya legasi peradaban Melayu-Islam yang mengimbangi fungsi kenegaraan. Kita menerima demokrasi sebagai satu sistem kenegaraan tetapi kita tidak menerima keseluruhan prinsipnya seperti yang disuburkan di Barat.
Oleh yang demikian, Melayu dan Islam sentiasa menjadi pengimbang dalam membentuk prinsip demokrasi Malaysia. Kepada yang sedang hanyut dilamun arus politik kerjasama dalam kerajaan hari ini, awaslah bahawa jika silap percaturan, kamu akan dikenang sebagai ‘pengkhianat’ oleh generasi akan datang.
* Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.