Ahli politik usah buat provokasi
KOTA BHARU: Ahli
politik dinasihati tidak menimbulkan isu provokasi yang boleh
menimbulkan kekecohan serta mengugat keselamatan dan keamanan negara.
Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa
Hassan berkata, sebarang masalah berlaku perlu dirujuk kepada pihak
berkuasa terlebih dahulu bagi membuat penyiasatan.
"Ahli politik jangan berlebihan politik
sehingga mendatangkan kesusahan dan kegusaran dalam kalangan rakyat,
sepatutnya mereka menentukan keselamatan tidak tergugat.
"Mereka perlu sedar bahawa mereka perlu
merapatkan masyarakat dan bukan menimbulkan pergaduhan. Saya harap
mereka tidak terlibat dengan benda-benda macam ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas
membentangkan kertas kerja 'Membiasakan Yang Betul dan Membetulkan Yang
biasa' sempena Sambutan Hari Integriti peringkat Kelantan di Kota
Darulnaim itu semalam.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.