Beringat sebelum buat kenyataan terbuka
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah mengingatkan semua pihak agar berhati-hati dan beringat sebelum membuat sebarang kenyataan.
Saya merujuk kepada sidang media yang
diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthy
kelmarin berkaitan rusuhan di sebuah kuil di Selangor yang secara
terbuka menyalahkan pihak polis.
Saya kira kenyataan seumpama ini sangat
berbahaya dan boleh mengancam keharmonian. Walaupun kemungkinan pihak
berkuasa membuat kesilapan atau lambat bertindak, pihak menteri boleh
membuat teguran yang bersifat dalaman.
Nilai dan kesan kenyataan oleh seorang menteri mempunyai impak yang besar. Apatah lagi kejadian tersebut masih dalam siasatan.
Hasil daripada kenyataan tersebut, orang
awam boleh membuat pelbagai spekulasi yang belum pasti benar. Oleh itu,
para menteri dan semua pemimpin masyarakat haruslah seorang yang boleh
mengawal emosi dan berfikiran jauh.
Sekiranya tahap menteri umpama orang awam, lebih baik melepaskan jawatan atau dipecat sahaja.
Pesuruhjaya PAS Sabah
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.