Anda memilih Sekular dan menolak Islam
Oleh ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR
AKHBAR The Star
hari ini memberikan liputan satu muka buat Adun baru DAP Selangor.
Beliau Adun DAP Melayu. Edry Faizal yang telah menjadi pilihan pengundi
di Dun Dusun Tua di mana peratus pengundi Melayunya seramai 62 peratus
dengan 18 kampung tradisional Melayu.
Kebencian pada Najib dan kleptokrat BN
serta kesungguhan untuk keluar dari kemelut kehidupan yang diakibatkan
kenaikkan kos hidup yang menyeksa mendorong pengundi Melayu untuk
menolak Umno dan malah calon PAS serta sanggup mengundi DAP yang
didominasi bukan Melayu dan bukan Islam.
Manifesto PH menjanjikan rakyat bebas dan lolos dari penderitaan hidup mereka.
Kini BN telah rebah di Pusat dan PAS tidak lagi dalam Kerajaan Selangor, pulihkah kehidupan rakyat?
Kos hidup masih membelenggu, tol kekal,
minyak tidak turun, gaji dan upah sama dan harga barangan tidak berubah
turun malah ada yang naik lagi.
Dalam pada itu Edry Faizal menyebut:
"Saya selesa dengan idea negara Sekular"
Sedarkah para pengundi khususnya yang Melayu Islam di Dusun Tua dari hal maksud YB mereka itu?
Menurut Kamus Cambridge English 'secular' bermaksud
"tidak ada hubungan dengan agama". Anda telah mengundi seorang wakil
rakyat yang walaupun Melayu Islam seperti anda tetapi menganggotai parti
yang Sekular dan beliau sendiri akui selesa dengan fahaman berkenaan
walaupun ianya bertentangan dengan aqidah kita.
Isu dan permasalahan agama harus
dipisahkan dari urusan negara dan kerajaan. Agama duduk di surau dan
masjid sahaja serta terhad pada ibadat ritual, urusan mentadbir dan
memerintah negeri dan negara tiada kena mengena dan kaitan dengan agama.
Anda telah tergamak membuat pilihan itu PRU lalu. Sedarkah anda semua pengundi Melayu Islam Dusun Tua?
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.