Anwar: Jangan terburu-buru meterai Icerd
Kerajaan tidak perlu terburu-buru memeterai Konvensyen
Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum
(Icerd) kerana mengambil kira kebimbangan mengenai kedudukan Islam,
Melayu dan bumiputera, kata pemimpin utama PKR, Anwar Ibrahim.
"Rakyat sekarang ini merasa cemas, apakah kedudukan Islam terjejas, Melayu, bumiputera dan juga bahasa.
"Padahal hal ini sudah termeterai sebagai suatu yang termaktub dalam perlembagaan yang tidak harus dirombak," katanya pada suatu hantaran video di Facebook.
Walaupun Anwar berkata Icerd suatu dokumen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mendukung keadilan tetapi menurut anggota parlimen Port Dickson itu pemeteriannya boleh menimbulkan keresahan dan "kemungkinan mencetuskan ketegangan kaum."
Tujuan baik tapi timbulkan kegelisahan
"Tetapi pelaksanaannya atau untuk kita meterai harus kita ambil kira, kebimbangan, keresahan dan kemungkinan mencetuskan ketegangan kaum.
"Jadi tujuannya baik tetapi pelaksanaannya itu menimbulkan satu lagi kegelisahan," jelas beliau.
Anwar yang menang presiden PKR tanpa bertanding menegaskan Icerd wajar ditangguhkan
sementara diadakan dialog di kalangan akar umbi.
"Di dalam peringkat ini, di bawah Tun Mahathir (Mohamad) yang baru hendak membetulkan kepincangan sistem yang lama...
"Pada hemat saya, pada peringkat ini wajar ditangguhkan supaya diteruskan dengan perbincangan dan dialog ke akar umbi," katanya lagi.
Umno, PAS bantah Icerd
"Kita
kena timbang sebab ada peruntukan-peruntukan yang tidak sesuai dengan
negara kita," katanya kepada media ketika ditanya mengenai pendirian
kerajaan mengenai konvensyen itu.
Pada September
lalu, ketika hadir Persidangan Agung PBB yang ke-73, perdana menteri
berkata Malaysia akan meratifikasi kesemua konvensyen antarabangsa
mengenai hak asasi manusia selepas mengkajinya secara mendalam.
Pada 23 Oktober lalu, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Jerald Joseph berkata Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan kedudukan istimewa bumiputera, tidak akan terjejas walaupun kerajaan menandatangani Icerd.
Pemimpin pembangkang, Umno dan PAS telah membantah cadangan kerajaan untuk menandatangani Icerd.
Pada 4 November lalu, tunjuk perasaan membantah Icerd di Kuala Lumpur turut dihadiri oleh Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi dan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.