Apabila Menteri Perpaduan jadi ‘menteri perpecahan’
Oleh Syed Ahmad Fadhli
SUHU atmosfera politik
tanah air luar biasa panas kebelakangan ini walaupun musim tengkujuh
sudah mula melanda. Ia berikutan daripada isu ICERD yang ditentang keras
oleh masyarakat Melayu-Muslim dan golongan bumiputera.
Umum mengetahui, Kerajaan PH hari ini
didominasi oleh kelompok bukan Muslim kerana bilangan Ahli Parlimen
Muslim dalam PH hanyalah 58 orang berbanding ahli parlimen bukan muslim
seramai 66 orang.
Antara kesilapan besar dalam pembentukan
Kabinet PH ialah apabila Perdana Menteri melantik Senator P. Waytha
Moorthy sebagai Menteri melalui pintu belakang.
Dia tidak pun dipilih oleh rakyat pada PRU14 yang lalu.
P. Waytha Moorthy merupakan pengasas dan
pemimpin utama Hindu Rights Action Force (HINDRAF), kumpulan ekstrem
menuntut hak penganut Hindu yang kononnya ditindas oleh kelompok Muslim
di Malaysia.
Sebagai penghargaan kepada HINDRAF
kerana membantu PH memperoleh sokongan undi masyarakat India maka P.
Waytha Moorthy dianugerahkan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial).
Pemimpin HINDRAF yang kerjanya menghasut
perpecahan rakyat dilantik sebagai menteri untuk agenda perpaduan,
sungguh melucukan bukan Kabinet PH ini?
Sepertimana PH melantik Teresa Kok, Ahli
Parlimen DAP Seputeh Wilayah KL sebagai Menteri Industri Utama untuk
menjaga hal ehwal penoreh getah, pekebun dan peladang sawit.
Pada 23 Oktober 2018, Senator P. Waytha
Moorthy berucap dalam perasmian penutup Persidangan Kebangsaan
Non-Diskriminasi ke-8: "Malaysia Lebih Dekat untuk Meratifikasi ICERD"
anjuran Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS).
Beliau menyatakan bahawa “Kerajaan
Malaysia komited untuk meratifikasi enam perjanjian antarabangsa
termasuk Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk
Diskriminasi Kaum (ICERD) pada suku pertama tahun hadapan”.
Sebelum daripada itu, Ahli Parlimen DAP
Batu Kawan, Kasthuriraani a/p Patto ketika berucap di Parlimen pada 15
Oktober 2018 turut menggesa Kerajaan PH agar mematuhi janji ke-26 dalam
Manifesto Pakatan Harapan iaitu meratifikasi kesemua konvensyen
antarabangsa termasuk ICERD ini.
Antara kenyataan pertama Menteri Luar
Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah setelah dilantik sebagai menteri ialah
pada 02 Julai 2018 , beliau menyatakan hasrat Kerajaan PH mahu
meratifikasikan kesemua baki 6 konvensyen antarabangsa yang masih belum
ditandatangani.
Jadi, tuduhan Anwar dan pemimpin PH
kononnya PAS dan Umno memanipulasi isu ini bagi kepentingan politik
adalah tidak benar kerana yang mula menuntut dan berjanji ICERD ini
diratifikasikan ialah pemimpin PH sendiri.
Usahlah hanya pandai membaling batu tetapi sembunyi tangan pula dalam ketakutan.
PH juga kelihatan tidak seiring sekata dalam icu ICERD ini.
PPBM antara yang paling awal menolak ICERD.
PKR kata ICERD ini bagus tapi perlu tangguh dulu.
PAN pula tengah pening lalat, presiden senyap sepi, timbalan presiden menolak, Mujahid dan Khalid Samad pula perlekeh orang yang menentang ICERD.
DAP antara pendokong tegar ICERD ini,
lihat sahaja kenyataan rasmi di portal Roketkini yang bertajuk "DAP
harus sokong ICERD" sepertimana yang terkandung dalam Deklarasi Setapak
1967 bahawa warganegara Malaysia tidak harus diasingkan dengan label
“bumiputera” dan “bukan bumiputera”.
Di Parlimen pada hari ini, suasana Dewan
menjadi kecoh apabila tiba giliran Senator P. Waytha Moorthy
menyampaikan ucapan penggulungan belanjawan 2019 bagi portfolionya iaitu
perpaduan.
Dia ditekan hebat oleh barisan Ahli Parlimen Pembangkang yang meminta dia bercakap benar berkenaan hasrat meratifikasi ICERD.
P. Waytha Moorthy mengubah pula
kenyataan yang dahulunya dia berkata Kerajaan akan meratifikasi ICERD
pada suku pertama tahun hadapan kepada sesi konsultasi akan bermula pada
tempoh tersebut.
Dia juga didesak memperjelas berkenaan kononnya Artikel 153 Perlembagaan tidak terjejas apabila ICERD diratifikasi sedangkan Artikel 1. 4 Konvensyen ICERD secara jelas menyatakan pengecualian (reservation) perlu ada had tempoh masa bukannya boleh kekal untuk selamanya.
Dia juga didesak memperjelas berkenaan kononnya Artikel 153 Perlembagaan tidak terjejas apabila ICERD diratifikasi sedangkan Artikel 1. 4 Konvensyen ICERD secara jelas menyatakan pengecualian (reservation) perlu ada had tempoh masa bukannya boleh kekal untuk selamanya.
"4. Special measures taken for the
sole purpose of securing adequate advancement of certain racial or
ethnic groups or individuals requiring such protection as may be
necessary in order to ensure such groups or individuals equal enjoyment
or exercise of human rights and fundamental freedoms shall not
be deemed racial discrimination, provided, however, that such measures do not, as a consequence, lead to the maintenance of separate rights for different racial groups and that they shall not be continued after the objectives for which they were taken have been achieved."
be deemed racial discrimination, provided, however, that such measures do not, as a consequence, lead to the maintenance of separate rights for different racial groups and that they shall not be continued after the objectives for which they were taken have been achieved."
Apa jaminan Kerajaan PH tidak akan
mengusik Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan suatu hari nanti kerana
pihak antarabangsa pasti mendesak ianya dihapuskan seiring dengan
matlamat utama ICERD ini diwujudkan iaitu menyamaratakan hak kesemua
kaum tanpa ada diskriminasi?
Kelihatannya P. Waytha Moorthy gagal
menjawab persoalan asas ini sehingga dia sendiri tidak dapat meneruskan
sesi penggulungan akibat asakan kuat daripada sekalian Ahli Parlimen
Pembangkang.
Yang anehnya, tidak ada seorang pun Ahli
Parlimen Kerajaan PH yang berani bangun membela P. Waytha Moorthy yang
terkapai-kapai keseorangan menghadapi serangan demi serangan
Pembangkang.
Benar apa yang dikata Ahli Parlimen
Kubang Kerian, YB Ustaz Dato' Tuan Ibrahim bahawa Menteri Perpaduan ini
sudah hilang kelayakan untuk menjawab di dalam Dewan. Tugas ini perlu
digalas oleh Perdana Menteri sendiri.
Tekanan demi tekanan perlu diteruskan
terhadap Menteri PH ini agar dia sedar dan insaf bahawa apa yang dia
pernah sebut dalam rakaman video yang sedang hangat tersebar itu adalah
suatu fitnah jahat dan pengkhianatan kepada negara Malaysia yang
menganugerahkan kewarganegaraan kepadanya.
Tidaklah mustahil P. Waytha Moorthy ini
akan berundur sepertimana yang dia pernah lakukan ketika bergelar
timbalan menteri pada zaman BN dahulu. Dia meletakkan jawatan pada 10
Februari 2014.
Seandainya PM sedar akan kemarahan
rakyat yang sedang meluap sekarang, sepatutnya sudah tiba masanya P.
Waytha Moorthy ini digugurkan terus daripada jawatan menteri.
Lagipun dia bukannya dipilih oleh rakyat pada PRU 14 lepas.
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.