Kebelakangan ini ada pihak-pihak tertentu dengan penuh kebencian
sedang membakar semangat keganasan dalam kalangan penyokong masing
masing.
Kalau direnung serta dikaji dengan halus dan lojik isu
yang dibangkitkan, ia hanyalah reaksi kepada sesuatu yang belum lagi
menjadi kepastikan sebaliknya hanyalah cakap cakap yang liar.
Filem
Polis Evo 2 dan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan
Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) adalah dua contoh isu yang
sedang dibakar semangat hasutan untuk berdemonstrasi besar-besaran dan
untuk boikot oleh pihak yang mempunyai motif politik.
Polis Evo 2
adalah filem yang telah diluluskan oleh Lembaga Penapis Filem Negara
untuk ditayangkan. Plotnya berkisar aksi kepolisan Malaysia menentang
sekumpulan pengganas telah memegang tebusan penduduk sebuah kampung.
Ada
beberapa orang watak didalam filem tersebut memakai serban dan jubah.
Skrip sebegini bukanlah luar biasa dan banyak kali pernah di buat filem.
Tidak
semena-mena seorang ustaz dari sebuah parti politik Islam menyerang
keras filem tersebut dan minta orang Islam mengutuk dan memboikot filem
tersebut.
Apabila ditanya oleh wartwan sudahkah Ustaz tersebut
menonton filem Polis Evo 2, ia menjawab belum! Bahkan sebenarnya filem
itu belum pun ditayangkan di pawagam!
Cubaan cetus kebencian
Fobia
dan hasutan keagamaan serta kaum apakah yang ingin dibakar oleh
pihak-pihak ini. Lembaga Penapis Filem Malaysia yang begitu cermat tidak
mungkin meluluskan filem yang boleh menimbulkan kebencian agama dan
etnik. Lagi pun Polis Evo 2 adalah susulan filem Polis Evo yang tiada
kontroversi apa pun.
Cubaan kedua untuk mencetus kebencian dan
keresahan adalah tentang isu cadangan Icerd yang kononnya akan menggugat
kedudukan Raja-Raja Melayu, umat Islam dan orang Melayu serta status
Bumiputera di Malaysia.
Pihak
kerajaan telah menyatakan akan menghalusi Icerd dengan terperinci dan
jika bertentangan dengan perlembagaan negara ia tidak akan di terima.
Sudah tentu sebagai kerajaan yang mempunyai kredibiliti ia mesti
mengambil langkah mengikut peraturan yang teliti dan betul bukan
berasaskan emosi semata-mata.
Walaupun jika Icerd di persetujui
kerajaan, ia tidak dapat dilaksanakan tanpa pindaan perlembagaan negara
yang memerlukan majoriti dua pertiga di mana Pakatan Harapan tidak
mempunyai majoriti tersebut.
Kenapakah PAS dan Umno tidak maklumkan kepada rakyat?
Selain
itu, pandangan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dan Naib
Presiden, Husam Musa telah menyatakan tiada perlunya Icerd diterima di
Malaysia.
Serba salah
Jadi
apakah sebab sebenarnya PAS dan rakan akrabnya Umno mengapi-apikan isu
ini sehingga telah diadakan demonstrasi di Terengganu dan himpunan di
Perak seolah-olah Icerd akan diterima esok lusa dan Raja-Raja Melayu,
Islam dan hak Melayu akan hapus terus? Kedua-dua Umno dan PAS telah
bersetuju untuk berdemonstrasi bersama pada 8 Disember ini.
Di
himpunan Pasir Salak, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi telah menyeru
kepada Abdul Hadi Awang supaya PAS dan Umno "bercantum". Hadi pula
dilihat serba salah untuk menyatakan persetujuan kerana takut ahli PAS
menolak percantuman tersebut.
Itulah
situasi sebenarnya. Zahid dan Umno yang sedang lemas perlukan PAS untuk
survival. Zahid berdepan 45 pertuduhan rasuah dan kesalahan lain. Najib
Razak dan beberapa lagi pimpinan Umno menghadapi puluhan pertuduhan
rasuah dan salahguna kuasa. Mereka dan Umno perlu pelampung untuk
selamatkan diri.
Tidak ingatkah ahli ahli PAS kata-kata Almarhum Nik Aziz Nik Mat - "Mengapa kita hendak menyelamatkan Umno yang sedang lemas?"
Tiga kali tangguh RUU 355
Sudah
lupakah ahli PAS tentang sandiwara isu RUU 355? Tiga kali RUU 355
dibentang dan tiga kali RUU 355 diminta tangguh!
Umno berkuasa penuh
semasa itu. Sandiwara apakah itu sebenarnya di antara PAS dan Umno?
Icerd bukanlah isu utama yang real atau yang sebenarnya mengancam orang Melayu dan Islam terutamanya di Terengganu dan Kelantan.
Antara
isu paling kritikal menghadapi orang Melayu dan Islam adalah ancaman
dadah. Saya baru menghadiri mesyuarat nasional dadah minggu lalu di mana
3 negeri tertinggi penagih dadah adalah Kelantan, Terengganu dan Pahang
- semuanya negeri majoriti besar Melayu. Kadar ketagihan dadah adalah
lebih dari 95 peratus anak Melayu Islam kita.
Ada kaitan besar masalah mat rempit dan dadah pil kuda yang membawa maut melalui perlumbaan dan juga overdose.
Nelayan Terengganu dan Kelantan terus antara rakyat termiskin dan juga gangguan nelayan haram Vietnam.
Mana
suara ahli Parlimen PAS dan Umno semasa saya membela nasib kemiskinan
nelayan dan masalah pencerobohan Vietnam beberapa tahun lepas? Ini isu
yang "real", bukan momokan perkauman yang akan membantu bangsa Melayu.
Bukankah
masalah penagih dadah dan nelayan majoritinya masalah Melayu - Islam?
Kenapa tidak duduk bersama, "bercantum" dan bersatu untuk menangani isu
isu tersebut? Bukankah ini adalah masalah yang lebih lama dan kritikal?
Jawabannya ialah ia masalah yang Umno telah abaikan. PAS pula senyap.
Isu dadah, nelayan
Isu
Icerd timbul semasa Pakatan Harapan memerintah. PAS dan Umno hanya mahu
isu dipolitikkan. Bukan kerana Islam dan Melayu tergugat.
Isu dadah dan masalah nelayan adalah isu lebih lama orang Islam dan Melayu terancam yang mereka tidak endahkan, kerana kurang political millage dalam isu ini.
Icerd
adalah isu emosi untuk diekpolitasikan bagi kepentingan politik PAS dan
Umno untuk menyerang Pakatan Harapan. Memomokkan ketakutan orang Melayu
kepada pemerintahan Pakatan Harapan.
Apabila
PAS berdiri di atas pentas bersama Umno hendak menyelamatkan Islam dan
Melayu, rakyat akan bertanya adakah ia rakan seperjuangan yang sesuai?
Fakta fakta masalah Melayu dibawah ini masih diingati rakyat - a) Felda - Najib Razak - Umno b) Felda - Isa Samad - Umno c) MARA -Anuar Musa - Umno d) Tanah Rezab Melayu - Tinggal hanya 12 peratus selepas 62 tahun di bawah Umno.
Adakah PAS lupa itu semua?
Laungan Hidup Islam dan Hidup Melayu ... tidak sama dengan Hidup PAS dan Hidup Umno.
Bukan semua orang Islam dan Melayu di dalam PAS dan Umno.
DATUK RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH RAJA AHMAD
ialah anggota Dewan Negara, pengerusi Pakatan Harapan Terengganu dan
timbalan menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Selamatkan Islam-Melayu atau Umno-PAS?
Reviewed by editorreformis
on
November 19, 2018
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
GUA MUSANG - Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sedia mempertimbangkan permintaan akar umbi supaya beliau menawar...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.