Arab Saudi bakal bergolak?
RIYADH
- Anggota keluarga diraja Arab Saudi dilaporkan sedang
berusaha menghalang Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman
menaiki takhta berikutan isu pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.
Sumber yang rapat dengan agensi berita
Reuters memberitahu, para pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) pula
telah memberi bayangan kepada penasihat-penasihat Arab Saudi sejak
minggu lalu bahawa mereka menyokong Putera Ahmed Abdulaziz, sebagai
pengganti Raja Salman.
Putera Ahmed, 76, pernah memegang jawatan
sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi sejak hampir 40 tahun
lalu, lapor portal Al Jazeera.
Menurut sumber
itu lagi, keluarga diraja Al Saud mahu melihat perubahan dalam senarai
pewaris takhta tetapi tidak akan bertindak selagi Raja Salman, 82 masih
hidup.
Malah mereka juga mengetahui bahawa Raja Salman tidak akan membelakangkan puteranya itu.
Kini
kata sumber itu, keluarga diraja terbabit dikatakan berbincang tentang
kemungkinan selepas kemangkatan Raja Salman, Putera Ahmed yang juga bapa
saudara Putera Mohammed dilantik sebagai pengganti.
Putera
Ahmed yang merupakan satu-satunya adik Raja Salman masih hidup dijangka
mendapat sokongan penuh anggota keluarga diraja terma-suk kuasa barat
lain.
Bagaimanapun, Reuters memaklumkan
pihaknya gagal mendapat ulasan daripada Raja Ahmed mahupun pegawai di
Riyadh tentang isu pewaris.
Sementara itu,
Raja Salman menerusi kenyataan pertama baginda selepas isu pembunuhan
Jamal, memuji badan kehakiman negara itu.
Titah baginda, Arab Saudi diasaskan melalui keadilan dan kesaksamaan mengikut prinsip Islam.
“Kita
amat berbangga terhadap usaha badan kehakiman dan pihak pendakwaan dan
kita akan memastikan negara ini tidak menyeleweng dalam melaksanakan
undang-undang Allah dan tanpa diskriminasi,’’ titah baginda semasa
perasmian Majlis Syura.
Namun, Raja Salman tidak menyentuh tentang isu pembunuhan wartawan terbabit.
Dalam
pada itu, Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir menegaskan dakwaan
pelbagai pihak termasuk Agensi Perisikan Pusat (CIA) bahawa Putera
Mohammed telah mengarahkan pembunuhan Jamal, adalah palsu.
“Kami
di Arab Saudi tahu bahawa tuduhan yang dibuat terhadap Putera Mohammed
tidak mempunyai kebenaran dan asas, justeru kami menolaknya,” katanya. –
Reuters/AFP
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.