Elak rakyat gusar isu sensasi dicipta pemimpin
Sejak
akhir-akhir ini, boleh dikatakan begitu banyak polemik dicuba
diketengahkan pelbagai pihak sehingga mencipta kegusaran dalam kalangan
rakyat.
Boleh diibaratkan hampir semuanya berbentuk sensasi sehingga kita boleh menjadi alpa dengan perkara utama yang perlu kita lakukan untuk negara ini.
Satu demi satu isu picisan ditimbulkan pemimpin negara, tidak kira daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang.
Apakah mereka melaung-laungkan isu sebegini sekadar meraih simpati dan populariti atau sememangnya itu perkara dasar yang perlu diketengahkan?
Lebih menggusarkan kebanyakan isu yang diketengahkan itu tidak diiringi maklumat yang cukup sehingga rakyat cepat membuat pentafsiran sendiri yang pastinya tidak selari dengan kehendak asal.
Kalau dilihat kepada kehendak negara ketika ini, saya amat bersimpati dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang seolah-olah mengendalikan negara seorang diri, manakala masih terdapat beberapa lantikan yang diberi kepercayaan dan amanah untuk dipikul, seperti gagal berfungsi dengan jayanya. Malah, bukan menyelesaikan konflik, tetapi seperti menyimbah minyak ke atas api yang sedang marak menyala.
Sistem musyawarah Kabinet
Adakah sistem musyawarah Kabinet sebelum sesuatu dasar digembar-gemburkan sudah terhapus, atau kepemimpinan baharu masih tidak memahami kaedah menjadi pemimpin negara yang baik.
Bagi penulis, lebih tepat jika sesuatu keputusan besar dibawa berunding dalam Jemaah Menteri sebelum diumumkan kepada orang ramai. Tindakan sebegini membantu mendapat pertimbangan serta nasihat daripada pelbagai sudut pandangan. Secara tidak langsung ia boleh dianggap keputusan kolektif, bukan sekadar syok sendiri.
Ketika negara di ambang kegawatan ekonomi yang agak serius, lebih baik jika semua pihak fokus segala kudrat dan fikrah yang ada untuk menjadikan negara ini lebih kondusif.
Segala tindakan dan dasar yang ingin diperkenalkan perlu membawa kepada keharmonian dan keamanan supaya semua dapat bergerak dalam satu hati tanpa berbolak-balik. Negara amat memerlukan setiap kita, bersama-sama untuk keluar daripada dugaan ini. Tetapi, jangan wujudkan sesuatu yang boleh mengganggu proses pembaikan yang cuba kita laksanakan ini.
Oportunis memang berada di mana sahaja, tetapi bagi pimpinan semasa, jangan mencipta polemik untuk mereka menggarap menjadi modal meraih populariti. Boleh hancur negara ini jika kita gagal mengawal suasana semasa.
Negara lain sudah merealisasikan agenda Revolusi Perindustrian 4.0 dan mereka juga sudah mula berbincang ke arah 5.0. Malangnya negara kita agenda 3.0 pun masih terkial-kial. Pasti dengan ada isu sampingan yang sedang disensasikan ketika ini, pergerakan kita tertambat.
Bebaskan bebanan ini dengan mencipta keharmonian dalam setiap perkara yang kita lakukan. Tidak dapat dinafikan perbezaan pendapat sentiasa ada, tetapi kita jangan mencetuskan perbezaan itu kepada perbalahan.
Berhati-hati beri pandangan
Nasihat saya buat pimpinan negara, berhati-hati mengutarakan pandangan dan jangan menampakkan pandangan peribadi sebagai pandangan kerajaan juga. Jika pandangan itu menjadi pendirian kerajaan, secara automatik ia menjadi dasar.
Apabila menjadi dasar, pendirian itu perlu diperjelaskan dan dihalusi sepenuhnya bukan sekadar tangkap muat. Penjelasan demi penjelasan perlu dilakukan agar rakyat tidak terbelenggu dengan prasangka, yang akhirnya boleh membawa kepada persengketaan dan permusuhan.
Menjadi pemimpin bukan sekadar memerlukan bakat, tapi perlu juga ilmu dan kesabaran. Belajarlah untuk memimpin semoga Perdana Menteri tidak keseorangan dalam mengemudi bahtera pelayaran ini.
Semoga Malaysia bangkit kembali menjadi Harimau Asia.
Pemikir Otai
Alor Setar, Kedah

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.