Elit politik dan roti canai.
Oleh Arif Atan
Ini suasana harmoni di warung roti canai Melayu di tengah-tengah pekan Bukit Sentosa, Hulu Selangor pagi tadi. Saya sendiri tenang menikmati roti canai telur tanpa terlintas mahu belasah anggota bomba apa lagi membakar harta benda.
Rakyat marhaen Melayu, Cina, India malah warga asing elok saja duduk di meja makan. Ya lah. Tempat duduk terhad pun satu hal
Hanya sesetengah (bukan semua) elit politik nun di kerusi empuk berhawa dingin walaupun di era Malaysia Baharu ini suka menangguk di air keruh dengan membangkitkan isu kepentingan kaum mengatasi kepentingan nasional.
Sesetengah elit politik lain pula lebih selesa hanya berdiam diri enggan bersuara takut nanti dituduh rasis sehingga dua malam berturut-turut pada Isnin lalu boleh pula kuil di Subang Jaya, Selangor merusuh di luar kawalan malah mengundang rusuh di hati rakyat melalui penularan mesej palsu di WhatsApp.
Apa yang nyata, Malaysia masih tidak punya ramai pemimpin bertaraf negarawan yang tegas dan tidak bertolak-ansur dengan kepentingan nasional. Melihat kepada cara kerajaan menangani perusuh ganas tempoh hari, kita masih boleh bertolak-ansur dengan aksi ekstrem hanya kerana mereka bukan Melayu. Kalau orang Melayu awal-awal kena cekup sembur FRU dah.
Malaysia masih kontang untuk berani menterjemah makna Malaysia Baharu itu adalah masing-masing hidup saling menghormati dan rasional tanpa perlu membaling kayu dan besi kepada orang awam apatah lagi kepada kereta polis dan bomba.
Elit politik era Malaysia Baru jelas tidak khatam rasa patriotik dengan mengajak masyarakat untuk bersederhana dalam sebarang tuntutan.
Elit politik sendiri gagal memahami pentingnya penerapan nilai saling menghormati lantaran kita hidup berkongsi tidak adil untuk semua tuntutan dipenuhi.
Elit politik (bukan semualah, tapi kena tulis nanti tak paham) lebih cenderung membuat provokasi sama ada secara sedar atau tanpa sedar dengan mencabar secara langsung mahupun tidak langsung kontrak sosial sejak 61 tahun lalu. Kalau sebelum PRU-14, tahu pula tidak menonjolkan kepentingan kaum. Sikit-sikit Hidup Rakyat. Lepas PRU, Hidup kaum itu, Hidup bahasa aku.
Pada masa sama, satu pihak elit politik lagi walaupun mereka kalau bergabung atas nama kaum tanpa mengira parti politik mampu untuk berbuat demikian; tidak pula berperanan sebagai negarawan ketika suasana genting melanda negara.
Mereka lebih suka menyerang satu sama lain ketika elit politik kaum lain galak buat itu, ini. Pola pemikiran neo kolonial juga dapat dilihat walaupun Allahyarham Prof Syed Hussin AlAttas dah tulis banyak buku apabila mereka menganggap rasisme itu hanya ada pada orang Melayu lebih parah hanya ada dalam Umno-Pas sekaligus menggambarkan pemikiran yang masih terperangkap dalam sentimen politik kepartian.
Mereka juga lebih cenderung mahu isu panas tanah air walaupun jelas dipacu dengan api rasisme disapu saja ke bawah permaidani dengan alasan tidak mahu perkauman. Ironi.
Akibatnya, ada Menteri (bukan semua. Kena tulis nanti dituduh perkauman), wakil rakyat bahkan ahli majlis berterusan menjaga kepentingan kaum dari isu penggunaan bahasa Cina untuk kenyataan rasmi kerajaan; desakan pengiktirafan sijil UEC yang di luar sistem pendidikan kebangsaan; dana kerajaan untuk sekolah persendirian; berucap depan kaumnya dengan memanggil Melayu pendatang; menaikkan papan tanda jalan bertulisan Cina di atas bahasa kebangsaan.
Menteri yang patutnya menjaga perpaduan juga dan berlatarkan guaman sanggup memberi jaminan kepada kaumnya walaupun rata-rata kita sebagai rakyat yang naif undang-undang ini melihat itu seperti melanggar keputusan mahkamah ketika pihak kuil pun sudah terima RM1.5 juta.
Ada wakil rakyat yang menjadi Exco kerajaan negeri yang bersultan boleh pula "silap tatabahasa" dengan mengheret nama Islam sebagai punca rusuhan ganas di kuil. Belum lagi "ketegasan" seorang Speaker tentang larangan pemakaian baju kebangsaan selain hari Jumaat pada sidang Dun. Banyak isu besar lagi penting dibahas lagi isu "remeh" disentuh tapi mungkin isu besar bagi partinya, kalau tak, takkan nak tegur.
Walaupun rusuhan ganas di kuil sehingga menyebabkan kerosakan harta benda juga tidak pasal-pasal anggota bomba kritikal masuk wad dengan paru-paru cedera parah dan dada lebam dikatakan bukan bermotif perkauman tetapi Menteri dan Timbalan Menteri yang bersidang media majoriti dari satu kaum.
Dalam tempoh 6 bulan kerajaan PH ini, Malaysia Baharu tidak punya pemimpin yang berani untuk bercakap tentang pentingnya rakyat tanpa kaum apa pun menjadikan undang-undang bukan letak di tangan dan kaki.
Kerjasama parti politik semasa pilihan raya dengan matlamat untuk merebut kuasa bukan tiket untuk mengorbankan prinsip kenegaraan serta nilai keadilan dan ketenteraman rakyat Malaysia berbilang kaum.
Elit politik semua kaum waspadalah kamu jangan merosakkan keharmonian hidup kami rakyat marhaen.
Fokus isu ekonomi rakyat bukan sibuk mahu menegakkan kepentingan kaum sehingga melangkaui kepentingan nasional.
Elit politik parti pemerintah semua kaum hari ini mesti bertegas dengan elit kapitalis yang sejak sebelum PRU-14 lagi - malah itulah salah satu punca kejatuhan Umno-BN - supaya tidak memainkan sentimen perkauman dengan melaga-lagakan rakyat marhaen.
Bagi kita rakyat marhaen ini, bersuaralah jangan takut dilabel rasis kalau hal berkaitan kepentingan nasional. Elit politik semua kaum memerlukan kita yang mengundi mereka.
Kalau benda itu tidak betul dan melampaui batas, kena tegurlah walaupun pahit ditelan. Parti politik 5 tahun sekali saja hayatnya. Malaysia ini akan terus diwariskan selagi belum Kiamat.
Akhir kalam buat elit politik, jangan rampas keharmonian kami untuk menikmati keenakan roti canai di pagi hari!

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.