Polis menahan sekurang-kurangnya sembilan individu berhampiran kuil
Seafield Sri Maha Mariamman di Subang Jaya hari ini selepas enggan
mendengar arahan polis untuk bersurai.
Polis mengerahkan dua unit Pasukan Tempur Ringan (LSF) antirusuhan sekitar 12.50 pagi ini.
Separuh daripada 80 individu dalam yang berkumpul di sekitar kuil bersurai, namun selebihnya berdegil.
Polis kemudian memberi amaran terakhir dan memaklumkan akan membuat tangkapan sekiranya mereka terus enggan bersurai.
Akhirnya polis bergerak untuk membuat tangkapan dengan pasukan LSF mengambil kedudukan bersiap sedia.
Beberapa individu yang berjaya melarikan diri berundur ke stesen minyak berhampiran dan mula menjerit ke arah polis.
"Orang Melayu nak tangkap!" jerit salah seorang dari kumpulan yang berada di stesen minyak berkenaan.
Polis
kemudian bergerak ke stesen minyak itu dan mengepung sebuah kenderaan
Myvi putih yang dilihat dinaiki beberapa individu daripada kumpulan itu.
Polis bagaimanapun gagal menahan kereta itu.
Operasi tangkapan berlangsung kira-kira 20 minit.
Salah seorang yang ditahan mendakwa merupakan calon SPM yang akan menduduki kertas pendidikan agama Islam hari ini.
Terdahulu,
menjelang tengah malam, polis cuba menyuraikan sekumpulan kecil
kira-kira 80 individu yang berkumpul berhampiran kuil Seafield Sr Maha
Mariamman di Subang Jaya yang menjadi lokasi rusuhan dua hari
berturut-turut.
Kumpulan berbaju hitam itu berkumpul di jalan berhampiran kira-kira 50 meter dari kuil yang dipisahkan Lebuhraya LDP.
Mereka menjelaskan bahawa kehadiran mereka bukan untuk mencetuskan kekacauan.
"Kita
datang sini bukan nak serang kuil, tempat orang sembahyang. Tidak. Kita
datang sini nak tunjuk betapa kita orang Melayu semua, jangan pijak
orang Melayu. Jangan pijak kita, jangan paksa kita. Itu saja.
"Kita nak tunjuk pada mereka. Mereka pukul orang awam, kita tidak akan pukul orang awam, kita tak akan serang. Kita ada akal.
"Kita datang sini nak buat apa? Kita nak berhimpun secara aman, itu saja yang kami nak," kata salah seorang dari kumpulan itu.
*Laporan ini disediakan oleh Prasadh Michael, Zikri Kamarulzaman dan B Nantha Kumar.
Enggan bersurai, 9 individu ditangkap berhampiran kuil Seafield
Reviewed by editorreformis
on
November 28, 2018
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Antara modal sebahagian pimpinan PAS untuk mengajak masyarakat Islam mendokong perjuangannya ialah melabelkan hanya PAS "jamaah Islam...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.