Gencatan senjata: Menteri Zionis letak jawatan
Oleh NADIR AL-NURI
PADA petang semalam, Selasa 13 November 2018 Zionis mengangkat bendera putih dan bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata.
Gencatan senjata tersebut yang
dipelopori Mesir membuktikan kemenangan jelas buat mujahidin yang
sehingga saat akhir terus menghujani tanah haram Israel dengan roket.
Zionis menyebut terpaksa tunduk pada kali ini atas beberapa faktor:
● Serangan yang terlalu banyak dan tepat daripada pihak mujahidin, khususnya serangan ke atas bas dengan peluru berpandu 'kornet' yang dilaksanakan betul-betul selepas tentera Zionis meninggalkan bas.
● Serangan yang teratur dan kesatuan
jelas di antara kumpulan-kumpulan mujahidin diketuai Briged Izzuddin
Al-Qassam melalui "Bilik Urusan Kumpulan-kumpulan Penentang Palestin"
yang disebut Zionis bertindak seperti Kementerian Pertahanan.
● Serangan yang teratur dan
mengancam penduduk di penempatan haram, apabila mujahidin melancarkan
roket sejauh 20km, kemudian 40km dan 60km, serta mengancam melancarkan
serangan yang lebih jauh sekiranya Zionis terus menyerang bangunan awam
di Gaza.
Penduduk Zionis keluar berdemonstrasi
marah dengan keputusan pemimpin Zionis yang mengangkat bendera putih,
sedang rakyat Gaza keluar berarak atas kemenangan kecil tapi bermakna
ini.
Menteri Pertahanan Israel Avigdor
Lieberman meletakkan jawatan akibat keputusan Kabinetnya untuk tunduk
kepada tuntutan gencatan senjata.
Sebarkan poster ini seluasnya kerana dengan doa dan sumbangan kita telah berjaya menundukkan kuasa terbesar di dunia!
Dan teruskan menyumbang untuk
projek-projek di Gaza melalui satu-satunya NGO yang mempunyai wakil
rakyat Malaysia di sana di akaun Maybank 5648 1050 7826 atas nama Persatuan Cinta Gaza Malaysia.
(Buka laman Video Cinta Palestin untuk melihat live video khas rentetan peristiwa yang berlaku sejak 11 November lepas)
Ofis Cinta Gaza Malaysia,
Bangi Sentral
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.