ICERD: Bukan Menteri Agama tapi Menteri Luar
Oleh MIOR ISFANDY MIOR AZIZAN
ISU ICERD bukan harus dihalakan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Beliau hanya pendengar setia dan menjadi penyerap tekanan sahaja. Fokus mesti lebih tertumpu kepada Menteri Luar Negeri, YB Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau lebih serius dan konsisten mahu meratifikasi semua konvensyen tersebut sejak tahun 2013 lagi.
ISU ICERD bukan harus dihalakan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Beliau hanya pendengar setia dan menjadi penyerap tekanan sahaja. Fokus mesti lebih tertumpu kepada Menteri Luar Negeri, YB Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau lebih serius dan konsisten mahu meratifikasi semua konvensyen tersebut sejak tahun 2013 lagi.
Ketika Datuk Saifuddin menjawat Ketua
Pegawai Eksekutif Global Moderates Movement (GMM), beliau telah
mengeluarkan pendirian untuk meratifikasi semua konvensyen tersebut
setelah mengadakan satu perbincangan bersama dengan kumpulan Pertubuhan
Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM) yang dipengerusikan oleh Tan Sri
Simon Sipaun pada bulan Disember 2013 di Kuala Lumpur.
Susulan itu, beliau juga pernah menulis
satu artikel bertajuk “Menjamin Kebebasan Beragama” dalam blognya
bertarikh 30 Mac 2015. Beliau menyatakan, GMM menyokong Kumpulan Kerja
Hak Asasi Manusia (HRWG) dan Gabungan NGO Indonesia Untuk Advokasi Hak
Asasi Manusia. Dalam menyiapkan satu laporan khusus mengenai kebebasan
beragama di Asia Tenggara, beliau mencadangkan agar mengharmonikan
undang-undang negara dengan instrumen-instrumen antarabangsa seperti
ICCPR.
Kemudian, Datuk Saifuddin Abdullah telah
menegaskan dalam ucapan sulungnya di Wisma Putra selepas dilantik
sebagai Menteri Luar Malaysia secara rasmi pada 2 Julai 2018. “As stated
in our (Pakatan Harapan) manifesto, we aspire to sign all the
international human rights conventions. There are nine conventions, of
which we have only ratified three”.
Malaysia mahu meratifikasi enam lagi
baki konvensyen PBB iaitu; International Convention on the Elimination
of All Forms of Racial Discrimination (ICERD), International Covenant on
Civil and Political Rights (ICCPR), International Covenant on
Economics, Social and Culture Rights (ICESCR), International Convention
on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of
Their Families (CMW), Covention against Torture and Other Cruel Inhuman
or Degrading Treatment or Punishment (CAT) dan Convention for the
Protection of All Persons from Enforced Disappearance (CED).
Kini, hampir pasti Malaysia akan
meratifikasi semua konvensyen tersebut termasuk ICERD. Segelintir hakim
juga telah mula meletakkan peruntukan Deklarasi Sejagat Hak Asasi
Manusia lebih utama daripada peruntukan Perlembagaan Persekutuan
sendiri. Kita perlu tegas membantah ratifikasi ini. Tidak perlu
ratifikasi. Tidak perlu pengecualian (reservation). Noktah.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.