Ini sebuah riwayat seorang wanita yang diabadikan namanya pada sebuah pekan yang pernah dinamakan sebagai Teluk Mak Intan.
Ketika
Hugh Low menjadi Residen British di Perak, nama Teluk Mak Intan (atau
disebut oleh Hugh Low sebagai ‘Malunting’) ditukar kepada Teluk Anson.
Pada
1982 dianjurkan satu perayaan bagi memperingati genap 100 tahun nama
Anson menjadi nama pekan diraja itu. Pada masa itulah dikembalikan nama
Mak Intan setelah sekurun ia hilang.
Perayaan Teluk Intan 100
Tahun dianjurkan kerajaan negeri pada masa itu. Dari satu sudut, ia
menebus kembali sejarah yang terpesong. Namun dari sudut lain pula, ia
adalah manifestasi kekeliruan dalam memahami konsep sejarah nasional.
Hingga kini kekeliruan itu terus berlegar dan bersarang dalam pemikiran masyarakat.
Pada kulit depan majalah Sinar Zaman (Bil 116, Julai 1982) menyebut: "......dengan bangganya memperingati 100 tahun kelahirannya dengan penuh kemeriahan."
Ayat
itu menyatakan secara jelas tentang tarikh bermulanya pekan Teluk
Intan. Kenyataan itu suatu yang bertentangan dengan sejarah sebenarnya.
Teluk
Intan sudah wujud berdekad-dekad lebih awal dari tarikh 1882. Nama-nama
petempatan awal seperti Batak Rabit, Durian Sebatang, Kuala Bidor sudah
dicatatkan dalam rekod sejarah.
Lebih banyak membawang
Nama-nama itu antaranya ada dicatat oleh Frank Swettenham, Hugh Low dan Raja Chulan iaitu penulis Misa Melayu.
Sekarang Teluk Intan ialah sebuah pekan separuh tinggal yang merangkak untuk mengejar pembangunan dan kemajuan.
Teluk
Intan adalah sebuah episod sejarah yang ditinggal oleh penghuninya
sendiri. Ia bandar yang kehilangan wajah dan tradisi sendiri. Ini adalah
tragedi pada sebuah kewujudan bangsa.
Teluk Intan adalah lambang
atau identiti pembangunan masyarakat Melayu. Sayangnya, orang Melayu
tradisi menulisnya kurang. Yang lebih, tradisi ‘membawang’.
Malangnya orang Melayu lebih ‘membawang’ cerita politik 'kasut dan stokin’ yang tidak membawa ke mana-mana.
Nama
Teluk Intan diambil daripada seorang wanita Mandailing yang bernama Mak
Intan. Jika mengikut beberapa tulisan dan sumber lisan, Mak Intan ialah
saudagar yang cantik serta terkenal.
Tanpa
ciri-ciri tersebut tidak mungkin untuk seorang wanita biasa disebut
selalu. Tidak mungkin nama Mak Intan disebut-sebut hanya kerana cucuk
sanggul pemberian ibunya terjatuh di Sungai Perak.
Jika menurut
tradisi orang Mandailing, istilah "intan" bermakna yang dimuliakan, atau
yang dituakan dan dihormati. Ini bermakna Mak Intan ialah susuk tokoh
masyarakat yang mempunyai taraf penghormatan tinggi.
Nyatalah Mak
Intan seorang wanita istemewa. Beliau adalah mercu tanda sebenarnya
bandar Teluk Intan. Namun cucu-cicit bangsanya tenggelam dengan bayangan
senja menara condong di Teluk Intan.
Saudagar suku Mandailing
Sayangnya
tiada catatan tentang wanita istemewa ini. Sejarah lisannya seakan
bungkam, tidak lagi bersuara. Sejarahnya seakan terputus dengan zaman
sekarang.
Orang Mandailing di bandar Teluk Intan sudah terasimilasi dengan suku kaum lain sehingga budaya dan identitinya sukar ditemui.
Orang
Mandailing di daerah Hilir Perak lebih tertumpu di kawasan pedalaman
seperti di Chikus, Sungai Tukang Sidin, Sungai Lampam dan sebagainya.
Suku
Melayu Mandailing, Kerinchi dan Rawa urban seperti Sutan Puasa atau
Abdullah Hukum yang meneroka Kuala Lumpur tidak dicatat di Teluk Intan.
Sedangkan mereka memang terkenal sebagai pedagang berjaya dan peneroka tanah yang hebat.
Besar
sungguh jasa Sir Archibald Edward Harbord Anson dalam membangunkan
pekan kecil di sebuah teluk di Sungai Perak - dan bernama Teluk Mak
Intan - hingga sanggup dipadam nama saudagar wanita suku Mandailing itu
daripada dikekalkan sebagai nama tempat tersebut.
Pelawat atau sesiapa saja yang ke Teluk Intan, akan ke mercu tandanya, Menara Condong.
Menara Condong akan dikhabarkan bahawa monumen sejarah itu persis Menara Pisa. Ia binaan senget, namun sengetnya istimewa.
Berbangga sungguh Menara Condong disamakan dengan binaan yang direka oleh Guglielmo dan Bonanno Pisano kelahiran Pisa, Itali.
Menara
Pisa yang berbentuk binaan Roman ialah bangunan untuk tempat loceng
gereja. Ia adalah sebahagian kawasan gereja Katolik. Pembinaan dimulai
pada 1273 dan siap 176 tahun kemudian.
Jika ke Itali tanpa melawat
Menara Pisa, kembara anda dianggap tidak sempurna. Menara Pisa ialah
setem pada Itali. Menara Pisa adalah kebanggaan seluruh penduduk Pisa
kerana itu adalah hasil tangan orang tempatan sendiri.
Ia adalah binaan agama dan budaya tempatan.
Samalah
juga jika melawat Teluk Intan. Ia tidak akan lengkap tanpa melawat
Menara Condong yang dikepung Jalan Pasar, Jalan Selat, Jalan Ah Cheong
dan Jalan Bandar.
Kedudukannya itulah dijadikan sebagai titik
tengah kepada pekan Teluk Intan oleh Jabatan Kerja Raya. Tetapi ia bukan
setem buat Teluk Intan. Ia bukan binaan dari tradisi tempatan.
Wajah
wanita Mandailing yang cantik itu semakin samar dan menghilang. Tiada
siapa yang mahu bertanya dan prihatin. Penduduknya masih mengira bilakah
harga sawit, getah dan kelapa naik.
Apalah sangat tentang nasib wanita Mandailing yang telah lama tiada, kan? Nasib kami yang hidup pun masih tidak ketentuan. DR MUHAIMIN SULAM seorang aktivis politik, pensyarah universiti dan penulis buku serta esei.
Intan yang hilang
Reviewed by editorreformis
on
November 18, 2018
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
By TK Chua I am trying to explain, based on my experience and observations, why the RM18 billion that was supposed to be in the “GST r...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.