Kerajaan akan tentukan cara agihan royalti Kelantan
Kerajaan persekutuan sedang berusaha untuk menentukan cara agihan
wang royalti petroleum kepada negeri Kelantan, kata Perdana Menteri Dr
Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, cadangan kerajaan untuk memberi 20 peratus royalti minyak daripada hasil keuntungan sebelum ini tidak dipersetujui kerajaan negeri Kelantan.
"Kita sedang berushaa bagaimana nak bagi royalti kepada Kelantan, caranya kita akan tentukan," katanya ketika ditanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Beramah Mesra Harapan Kelantan bersama perdana menteri di Kota Bharu, hari ini.
Sebagai rekod, perdana menteri dalam lawatan ke Kelantan hari ini turut akan dikunjungi Menteri Besar, Ahmad Yakob dan dijangka antara perkara bakal dibincangkan ialah mengenai agihan royalti petroleum.
Sebelum ini Harapan melalui manifesto PRU14 menggariskan royalti akan diberikan kepada negeri Kelantan dan Terengganu yang sebelum ini diabaikan oleh BN
.
Kerajaan persekutuan yang kini ditadbir Harapan mencadangkan 20 peratus daripada keuntungan untuk diberikan kepada negeri berkenaan.
Kelantan bagaimanapun tidak bersetuju dan menegaskan mahu jumlah royalti disalurkan mengikut perjanjian asal iaitu lima peratus.
"Royalti 20 peratus daripada keuntungan, bukan keseluruhan, mereka kurang setuju, mereka nak jadikan sebahagian daripada kos keseluruhan.
"Bila keseluruhan bermakna 40 peratus kita bagi sebagai royalti dan Petronas akan bangkrap," jelasnya.
Sementara itu, ditanya mengenai langkah Sarawak memperkenalkan cukai jualan terhadap produk petroleum Dr Mahathir berkata, ia akan menyebabkan harga minyak semakin meningkat.
"Kalau kenakan cukai tambahan, mereka kene tanggung. Mereka (rakyat) akan beli minyak pada harga yang lebih," katanya.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.