https://critoxium.com/shop/

Terkini

'Kerajaan tak terima Icerd bukan sebab pilihan raya DUN Rantau'

Keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) telah dibuat awal dan tiada kaitan dengan perkembangan politik semasa negara, khususnya yang berkaitan dengan pilihan raya semula DUN Rantau, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, lapor Bernama

“Daripada awal lagi saya menyatakan negara kita punya penduduk berbilang bangsa dan agama dan perkara-perkara itu (tentang Icerd) adalah rumit untuk diratifikasikan,” katanya di Langkawi, malam tadi.

Menurutnya rakyat Malaysia dengan jelas menunjukkan mereka tidak akan dapat menerima ratifikasi Icerd ini berikutan komposisi kaum yang wujud dalam negara.

“Bukan sebab politik, tetapi kita (enggan meratifikasikan Icerd kerana) patuh kepada kehendak rakyat,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, perdana menteri berkata beberapa lagi siri perjumpaan akan diadakan untuk memperkenalkan dasar kerajaan baru dan peranan yang perlu dimainkan oleh jentera kerajaan.
Dr Mahathir dipetik Bernama berkata perjumpaannya bersama pegawai-pegawai tinggi kerajaan di Langkawi malam tadi merupakan inisiatif kedua dilaksanakan semenjak Pakatan Harapan mengambilalih pemerintahan negara.

“Sebenarnya mereka sudahpun membaiki jentera pentadbiran kita tetapi hari ini mereka menyatakannya (kepada saya) secara bertulis (dengan mengemukakan memorandum) agar semua pihak tahu matlamat kerajaan,” katanya.

Menurutnya selain perjumpaan malam ini, beliau turut mempengerusikan mesyuarat Khazanah Nasional yang melibatkan perbincangan tentang dasar-dasar dan pendekatan kerajaan melibatkan syarikat milik kerajaan berkenaan.

Menurutnya dasar-dasar berkenaan akan turut melibatkan syarikat-syarikat yang di bawah kepentingan Khazanah Nasional, termasuk Malaysia Airlines Berhad.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.