Kombinasi Husam - Mustapa Untuk PH Kelantan
Semasa berucap di majlis himpunan pimpinan PH Kelantan di Kota Bharu semalam Dr Mahathir melontar harapan dan keyakinan dalam pilihan raya ke 15 nanti PH akan memerintah Kelantan.
Sekali dengar harapan itu bagaikan sebuah igau Dr Mahathir. Namun jika difahami lontaran itu adalah cabaran beliau kepada PH Kelantan. Dr Mahathir sebelum menyatakan harapan itu menzahirkan kehairanan kenapa Kelantan tidak berjaya ditawan oleh PH dalam Piraum lalu.
Cabaran Dr Mahathir itu merupakan satu tugas berat kepada kepimpinan PH
Kelantan yang ada hari pada majlis itu. Dalam hal ini saya melihat ia
menjadi cabaran dan tugas berat Husam Musa selalu pengerusi PH.
Cabaran dan impian Dr Mahathir itu tidak mustahil akan jadi kenyataan dengan syarat kepimpinan komponen PH Kelantan bersiap dari awal-awal lagi. Kemunculan Mustapa Mohamed dalam Bersatu Kelantan kini dilihat boleh memberi suntikan bagi mencapai apa yang diharapkan Dr Mahathir itu.
Husam sendiri menyifatkan kehadiran Mustapa sebagai membentuk environment baharu politik Kelantan.
Bekas Pengerusi Umno Kelantan itu boleh bergabung dengan bekas Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan itu untuk membina kekuatan PH Kelantan. Keduanya mempunyai kewibawaan dan track record tersendiri. Cuma lagi apa yang diperlukan keduanya memantapkan gabungan PH dan pastikan mendapat kerjasama daripada PKR dan juga DAP.
Husam dan Mustapa boleh mula merancang bersama ke arah menyahut cabaran Dr Mahathir itu mulai sekarang. Dan untuk memungkinkan itu Bersatu perlu memposisikan Mustapa di hirearki parti itu terlebih dahulu. Trims.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.