Zahid Hamidi semakin tempang…
Meskipun Zahid Hamidi berjaya mengelakkan dirinya daripada tekanan
agar bercuti sementara sebagai Presiden Umno dalam mesyuarat MT pada
Jumaat lalu, realitinya kedudukan beliau dari segi penerimaan ahli parti
tidaklah menjadi semakin baik.
Tidak lama selepas berasa lega kerana cadangan Pemuda Umno agar beliau bercuti sementara untuk menyelesaikan 45 kes mahkamahnya ditolak oleh MT, Zahid Hamidi sepatutnya sudah boleh menarik nafas lega dan dapat meneruskan tugasnya dengan selesa.
Tetapi, kunjungannnya ke Johor semalam memberi tekanan baru kepadanya apabila sebahagian Ketua-Ketua Umno bahagian negeri itu terus mendesaknya agar mengambil cuti sehingga kesnya selesai.
Mereka secara terbuka (meskipun hanya enam Ketua Bahagian dibenarkan
bercakap kerana kesuntukan masa) mahukan beliau bercuti dan memberikan
pelbagai hujah secara berterus-terang untuk menyokong saranan bercuti
itu.
Walaupun Zahid Hamidi menolak desakan mereka itu, gambarannya ialah wujud sebilangan Ketua-Ketua Umno Bahagian Johor yang tidak setuju dengan keputusan MT Umno pada sehari sebelumnya yang mahukan beliau terus kekal menjadi Presiden Umno.
Sesungguhnya ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini kerana biasanya Ketua-Ketua Bahagian akan akur kepada apa juga keputusan MT Umno, tambahan lagi jika melibatkan seorang Presidennya sendiri.
Bagaimana dengan Ketua-Ketua Bahagian di negeri-negeri yang lain?
Adakah mereka ketika ini masih menyokong Zahid Hamidi 100 peratus atau jika diadakan dialog terbuka, mereka juga akan meluahkan perasaan yang sama seperti Ketua-Ketua Umno Bahagian di Johor itu?
Selain itu, Zahid Hamidi juga bagaikan tertampar dengan tindakan
bekas Bendahari Umno yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Bukit
Bintang, Abdul Azim Zabidi yang mengumumkan keluar parti kerana tidak
setuju dengan keengganan mengambil cuti berikutan kes mahkamah yang
sedang dihadapinya.
Oleh SHAHBUDIN HUSIN
Apakah langkah Abdul Azim ini akan dituruti oleh ramai lagi individu berpengaruh lain dalam Umno?
Dalam hal ini, Zahid Hamidi tidak harus memandang ringan satu demi satu babak penolakan yang ditujukan kepadanya. Ia adalah gambaran penolakan yang jelas kepadanya.
Jika berterusan ia tentu saja memberi kesan kepada usaha memulihkan parti dan kemampuan untuk berdepan cabaran dalam pilihanraya akan datang.
Dalam keadaan masih banyak kerja dan usaha perlu dilakukan untuk meyakinkan rakyat agar menerima kembali Umno, kedudukan Zahid Hamidi yang semakin tempang dan ditolak di sana sini tentu saja menambahkan lagi kesukaran yang sedia ada itu.
Lebih buruk jika berlaku perbicaraan dan banyak perkara berkaitan 45 pertuduhan yang dihadapinya terdedah di mahkamah serta butirannya nanti dapat diketahui oleh rakyat melalui pelbagai saluran media.
Keputusan MT mengekalkan Zahid Hamidi sebagai Presiden Umno dan menolak cadangan agar beliau bercuti sebenarnya adalah suatu keputusan yang langsung tidak memberi kebaikan kepada masa depan Umno.
Ia hanyalah memberi ruang kepada Zahid Hamidi untuk berlindung dan bergayut atas nama Umno di sebalik pertuduhan yang sedang dihadapinya, tetapi di akhirnya nanti, terutama apabila hukuman sudah dijatuhkan, nama Umno itu sendiri yang akan tercemar dan busuk kerana kelakuan seorang Presidennya.
Tidak lama selepas berasa lega kerana cadangan Pemuda Umno agar beliau bercuti sementara untuk menyelesaikan 45 kes mahkamahnya ditolak oleh MT, Zahid Hamidi sepatutnya sudah boleh menarik nafas lega dan dapat meneruskan tugasnya dengan selesa.
Tetapi, kunjungannnya ke Johor semalam memberi tekanan baru kepadanya apabila sebahagian Ketua-Ketua Umno bahagian negeri itu terus mendesaknya agar mengambil cuti sehingga kesnya selesai.
Walaupun Zahid Hamidi menolak desakan mereka itu, gambarannya ialah wujud sebilangan Ketua-Ketua Umno Bahagian Johor yang tidak setuju dengan keputusan MT Umno pada sehari sebelumnya yang mahukan beliau terus kekal menjadi Presiden Umno.
Sesungguhnya ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini kerana biasanya Ketua-Ketua Bahagian akan akur kepada apa juga keputusan MT Umno, tambahan lagi jika melibatkan seorang Presidennya sendiri.
Bagaimana dengan Ketua-Ketua Bahagian di negeri-negeri yang lain?
Adakah mereka ketika ini masih menyokong Zahid Hamidi 100 peratus atau jika diadakan dialog terbuka, mereka juga akan meluahkan perasaan yang sama seperti Ketua-Ketua Umno Bahagian di Johor itu?
Oleh SHAHBUDIN HUSIN
Apakah langkah Abdul Azim ini akan dituruti oleh ramai lagi individu berpengaruh lain dalam Umno?
Dalam hal ini, Zahid Hamidi tidak harus memandang ringan satu demi satu babak penolakan yang ditujukan kepadanya. Ia adalah gambaran penolakan yang jelas kepadanya.
Jika berterusan ia tentu saja memberi kesan kepada usaha memulihkan parti dan kemampuan untuk berdepan cabaran dalam pilihanraya akan datang.
Dalam keadaan masih banyak kerja dan usaha perlu dilakukan untuk meyakinkan rakyat agar menerima kembali Umno, kedudukan Zahid Hamidi yang semakin tempang dan ditolak di sana sini tentu saja menambahkan lagi kesukaran yang sedia ada itu.
Lebih buruk jika berlaku perbicaraan dan banyak perkara berkaitan 45 pertuduhan yang dihadapinya terdedah di mahkamah serta butirannya nanti dapat diketahui oleh rakyat melalui pelbagai saluran media.
Keputusan MT mengekalkan Zahid Hamidi sebagai Presiden Umno dan menolak cadangan agar beliau bercuti sebenarnya adalah suatu keputusan yang langsung tidak memberi kebaikan kepada masa depan Umno.
Ia hanyalah memberi ruang kepada Zahid Hamidi untuk berlindung dan bergayut atas nama Umno di sebalik pertuduhan yang sedang dihadapinya, tetapi di akhirnya nanti, terutama apabila hukuman sudah dijatuhkan, nama Umno itu sendiri yang akan tercemar dan busuk kerana kelakuan seorang Presidennya.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.