PRU 15: Bolehkah Umno Kembali Berkuasa?
Oleh Mohammad Agus Yusoff
1. Pandangan saya mudah. Umno sukar untuk kembali berkuasa selagi Umno terperangkap dengan tiga isu ini: sindrom penafian terhadap masalah 1MDB, mempertahankan GST, dan berterusan menggunakan isu yang boleh menolak bukan Melayu menyokong Umno sebagai modal politik.
2. Dari segi sifir politik, selama 61 tahun Umno-BN berkuasa adalah kerana disokong oleh pengundi bukan Melayu, khususnya kaum Cina. Bila pengundi ini tidak lagi bersama Umno, maka sukarlah untuk Umno kembali berkuasa.
3. Oleh itu, nasihat saya sederhana. Selain menjalinkan kerjasama erat dengan Pas yang baik bagi penyatuan Melayu-Islam, Umno mesti kembali mengambil garis tengah dalam pendekatan politiknya.
4. Sekarang ini jika Umno berterusan menimbulkan kemarahan pengundi Cina, ditambah pula dengan ‘power of incumbency’nya yang tidak ada, sukarlah untuk Umno kembali berkuasa.
5. Penyatuan Umno-Pas baik, tetapi penyatuan itu hendaklah kepada menjadikan mereka sebagai oposisi yang berwibawa. Berwibawakah sekarang?

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.