Seorang pemimpin kanan PAS memberi amaran kepada Anwar Ibrahim bahawa
presiden PKR itu mungkin berdepan "hinaan lebih dahsyat" selepas kali
pertama berlaku kira-kira 20 tahun lalu.
Anggota Jawatankuasa
Pusat PAS Mokhtar Senik berkata seseorang yang mengkhianati rakan
selepas dia diselamatkan tentu akan dihina sekali lagi.
"Ingat, kehinaan kali kedua akan lebih dahsyat daripada kehinaan pertama," katanya.
Beliau
yang juga ketua Dewan Ulama PAS Pahang turut menjelaskkan Allah sebelum
ini memberikan ruang kepada Anwar untuk berfikir dan mengenali mana
satu sahabat dan mana pula musuh.
Bagaimanapun kata Mokhtar, Anwar gagall mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.
"Allah
lepaskan DS (datuk seri) seketika agar DS tahu bersyukur kepada-Nya dan
berterima kasih kepada teman yang pernah menolongmu pada saat DS
kelelahan.
"Namun secarik sinar mentari yang memancar telah
melalaikan DS sehingga DS lupa gelap malam yang pernah DS lalui,"
katanya melalui hantaran di media sosial.
Tak terasa pun
Mokhtar
berkata demikian sebagai reaksinya terhadap kenyataan Anwar tentang
sikap ahli politik dan cendekiawan kerana membiarkan skandal 1MDB
berlaku.
"Bukan saja pemimpin politik (tapi) sarjana, penjawat
awam bukan sekadar membisu, tapi sanggup bersekongkol untuk
mempertahankan kedurjanaan yang menimpa bangsa, rakyat dan negara.
"Berlakunya
kebobrokan, kemusnahan sistem, rompakan begitu besar bukan semata-mata
kerana nafsu serakah beberapa pemimpin politik, tetapi kerana golongan
sarjana yang membisu, yang sanggup jadi perkakasan murahan atas nama
kaum atau agama.
"Serban makin besar, janggut makin panjang, degree mungkin berjela tapi tak ada hati nurani dan etika," katanya Universiti Malaya pada 23 Nov.
Skandal 1MDB menjadi antara isu utama yang mencorakkan politik negara sejak beberapa tahun lalu.
Untuk rekod PAS pernah mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi firma pelaburan terbabit pada 7 Ogos tahun lalu dan berpuas hati dengan pelan rasionalisasi dilakukannya.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata partinya berharap isu seumpama itu perlu dipantau parlimen.
Gambar fail
"Maknanya,
Kementerian Kewangan dan menteri perlu memberi laporan kepada parlimen
supaya anggota parlimen dapat mengikuti setiap perkembangan dan tidak
timbul masalah baru," katanya.
PAS menjadi antara parti
politik paling awal menyatakan sokongan kepada Anwar ketika Dr Mahathir
Mohamad memecatnya pada 1998 dulu.
Bagaimanapun ketika itu PAS dipimpin Allahyarham Fadzil Noor.
Mokhtar
menambah PAS berlapang dada dengan hinaan dan sindiran Anwar, malah
membiarkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu berbuat sesuka hatinya.
Kata Mokhtar beliau yakin sikap sombong dan angkuh pasti tidak akan berakhir dengan kebaikan dan kemuliaan.
"Syeikh...
kami tak terasa apa pun sindiran itu bahkan penghinaan sekali pun. Cuma
kami terkilan kerana DS tidak pernah cuba untuk berubah, sehingga kami
berasa kasihan terhadap DS.
"DS boleh baca dan faham pelbagai tulisan buku, namun DS gagal memahami bahasa takdir.
"Jangan DS ingat kami lemah semangat dan sakit dengan serangan-serangan itu.
"Kami sudah sangat masak dengan pelbagai serangan dan pengkhianatan.
"Kami sudah rasa manisnya perjuangan ini. Apakah DS sudah merasai manisnya perjuangan yang DS pilih?" katanya.
Ulama PAS ramal Anwar ditimpa 'hina lebih dahsyat'
Reviewed by editorreformis
on
November 24, 2018
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Bekas Imam Masjid Negara, Datuk Ustaz Hassan Mahmood al-Hafiz diumum menyertai AMANAH pada sambutan ulang tahun parti itu kali ketiga di ...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.