Sepatutnya dialog bukan edar Bible
Oleh MUHAMED NORAZIHA ABDULLAH
KUALA LUMPUR: Pengedar
risalah Bible diingatkan menghormati perlembagaan negara yang meletakkan
Islam sebagai agama yang dilindungi di negara ini.
Penegasan tersebut disuarakan oleh
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung tindakan
beberapa individu yang didakwa mengedar kitab Bible di hadapan sebuah
sekolah menengah di Pulau Pinang yang tular baru-baru ini.
"Sepatutnya pihak yang mengedar Bible
perlu menghormati sensitiviti rakyat Malaysia yang masih kuat berpegang
dengan agama Islam. Mereka merupakan majoriti yang dibesarkan dalam
kalangan umat Islam.
"Islam dilindungi oleh perlembagaan
dalam bidang kuasa negeri-negeri. Sepatutnya dialog bukan mengedar
Bible. Mengapa agenda Dr Zakir Naik tidak ditonjolkan?" katanya dalam
sidang media selepas merasmikan Madrasah Darul Iman di Titian Baru,
Marang, hari ini yang dimuat naik menerusi laman Facebook beliau.
Jelasnya, berdialog adalah langkah
terbaik untuk mencari kebenaran bukannya mengedarkan bible kepada mereka
yang tidak mempunyai pengetahuan agama.
Walaupun negara ini mengamalkan hak
kebebasan beragama tegasnya, tetapi masih ada batasnya dengan tidak
disentuh sensitiviti orang Islam begitu juga sebaliknya.
"Kita sedar walaupun ada kebebasan
beragama tetap mempunyai batasan. Batasnya jangan menyentuh sentiviti
orang Islam macam kita juga tidak menyentuh sentiviti oarang bukan Islam
tetapi hubungan dilakukan secara terhormat iaitu dialog dengan berhujah
dengan cara berilmu itu yang lebih penting.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.