https://critoxium.com/shop/

Terkini

SPRM mahu siasat Azeez lagi, kes Kelab Putera dan Tabung Haji

KUALA LUMPUR, 14 Nov — Bekas pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka disiasat berhubung kes syarikat itu dan dana Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).

Wakil rakyat Umno itu akan diminta hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat dalam masa terdekat, lapor Harian Metro.

“Ada banyak isu dan siasatan yang perlu dilakukan terhadap beliau dan pihak SPRM memerlukan masa melengkapkan siasatan ke atas Abdul Azeez termasuk memanggilnya semula berhubung beberapa perkara dalam siasatan,” kata satu sumber kepada akhbar itu.

Terdapat sekurang-kurangnya enam kertas siasatan sedang disiapkan, kata sumber lagi, termasuk ketika beliau, ahli parlimen Baling, direman 10 hari pada 25 September lalu.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.