Implikasi, unjuran Himpunan Sejuta Ummah 8 Dis
Oleh DR RIDUAN MOHD NOR
ALAM siber berdecak hebat dengan suara pro dan kontra akan penganjuran himpunan mega membantah ICERD yang digerakkan kempen ini sejak lebih tiga bulan yang lepas. Tempoh kempen dan mobilisasi untuk menggerak seluruh umat muslim untuk berhimpun dan mempamerkan genderang dan nurani umat Islam selama lebih tiga bulan adalah tempoh yang memadai.
ALAM siber berdecak hebat dengan suara pro dan kontra akan penganjuran himpunan mega membantah ICERD yang digerakkan kempen ini sejak lebih tiga bulan yang lepas. Tempoh kempen dan mobilisasi untuk menggerak seluruh umat muslim untuk berhimpun dan mempamerkan genderang dan nurani umat Islam selama lebih tiga bulan adalah tempoh yang memadai.
Tempoh
yang sama digerakan oleh pasukan mobilisasi PAS, sebagaimana terbukti
sebelum ini maka 270,000 hingga 300,000 ahli PAS telah berhimpun seperti
himpunan H355 di Padang Merbok dan sekitarnya dan FASTAQIM 2.0 di
Pantai Tok Jembal, Terengganu.
Kejayaan himpunan kali ini menatijahkan
beberapa perkara dan menjadi bahan bualan peminat-peminat politik tanah
air kerana inilah himpunan paling ramai semenjak negara mencapai
kemerdekaan. Jauh mengatasi bantahan-bantahan awam sebelum ini termasuk
himpunan reformasi 1998, Bersih atau FASTAQIM. Pertama, sebelum
terbarainya PR, himpunan mega sentiasa berjaya dan menarik minat
masyarakat awam untuk menyertainya.
PAS yang menjadi rakan komponen PR telah
berjaya memobilisasi ahli-ahlinya turun berhimpun. 80 peratus peserta
himpunan adalah ahli PAS, manakala yang lain termasuk daripada gerakan
swadaya dan masyarakat sivil yang lain. PAS mempunyai modus operandi
yang tersusun dalam mengerah ahlinya, daripada peringkat cawangan, MTD,
kawasan, negeri dan Wilayah Persekutuan seterusnya di peringkat Pusat.
PAS bukan hanya hadir meramaikan
himpunan tetapi membekalkan petugas keselamatan dan disiplin iaitu
anggota Jabatan Amal yang sangat berdisiplin dan mempunyai dedikasi yang
tinggi. PAS dengan pasukan khas medik yang bersiaga dengan elemen
kecemasan, bahkan dengan ambulansnya sendiri. Ahli-ahli PAS hadir dalam
himpunan, disertakan dengan niat untuk menderma pada penganjur bagi
menampung kos himpunan.
Kedua, kejayaan himpunan ini juga satu
cerminan bahawa kerajaan PH tidak boleh memandang enteng suara dan
nurani ummat Islam dimana bangsa Melayu sebagai kaum teras di negara
ini. Kerajaan PH dilihat tidak mempunyai pimpinan yang berintegriti,
berwibawa, kurang kompetensi untuk menyemai benih kerukunan negara.
Lihatlah pak menteri yang selalu menjadi stok bahan ketawa rakyat di
media sosial, ini bukan suatu contoh yang baik bagi masa depan negara.
Himpunan bernuansa penyatuan umat Islam
ini berjaya menunjukkan kesepakatan dan diuruskan dengan baik oleh
penganjur, bermula dengan solat Zohor berjemaah, peserta-peserta di
ketiga titik mula akhirnya bercantum di Dataran Merdeka dan sekitarnya.
Himpunan sejuta ummah ini juga menjadi himpunan menampar ego dan maruah
PH apabila telah berjaya menarik anak-anak muda untuk bersama
bersolidariti atas nama Islam dan mempertahankan kontrak sosial.
Ini kerana PH sentiasa yakin, anak muda
adalah segmen besar pengundi yang mengangkat mereka pada 9 Mei yang
lepas. Lebih daripada 70 peratus adalah anak-anak muda pelbagai
latarbelakang. Bukan sahaja anak-anak muda aliran tarbawi dan tajnid
tetapi anak-anak muda ranggi yang meminati genre muzik keras turut
memeriahkan himpunan sejuta ummah ini.
Pemilihan lokasi himpunan ditempat yang
bersejarah dan ikonik, di sinilah tempat utama perhimpunan utama negara
semenjak mencapai kemerdekaan, merakam sejarah kebangkitan politik
termasuk bantahan kaum pelajar pada 1974, reformasi 1998, Bersih dan
lain-lain perhimpunan.
Peserta-peserta bantahan kali ini yang
terdiri daripada penyokong PAS, Umno, pelbagai NGO bahkan yang datang
tanpa apa-apa tiket persatuan sekali pun telah membanjiri Kuala Lumpur
sejak 7 Disember. Mereka datang sejauh Sabah dan Sarawak, juga daripada
pedalaman Semenanjung seperti Sik, Baling, Hulu Besut untuk menyatakan
sokongan terhadap matlamat himpunan. Mereka menyewa bas, berkonvoi
dengan motosikal, berkonvoi kereta bahkan ada yang mengayuh basikal
bersimbah keringat untuk menyertai himpunan ini. Dua orang peserta dari
Johor telah meninggal dunia akibat terlibat dengan kemalangan motosikal
di Seremban.
Himpunan Sejuta Ummah 8 Disember akan
dikenang dan melakar sejarah perpaduan umat Islam negara ini. Mereka
akan bersatu jika agama Islam dan bangsa diremehkan. Mesejnya jelas,
kontrak sosial yang menjadi asas kerukunan bernegara jangan dicabik oleh
kelompok minoriti yang sedang kemabukan kuasa. Padahnya tak terjangkau
dek fikiran!, hiduplah dengan tenang di tanah leluhur ini, saling
menghormati dan jangan melanggar garis sempadan toleransi kaum pribumi.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.