Kerjasama UMNO-Pas tidak boleh terhenti
WARTAWAN: Apakah mesej utama yang dapat disampaikan selepas kejayaan penganjuran #DaulatHimpunan812 ?
MUHAMMAD KHALIL: Apa yang lebih
penting mesej yang mahu disampaikan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH)
bahawa kami umat Islam dan bumiputera tidak akan berdiam diri jika
hak-hak yang diletakkan dalam Perlembagaan Persekutuan itu disentuh oleh
pihak-pihak tidak bertanggungjawab dalam kerajaan PH.
Penganjuran #DaulatHimpunan812 mendapat
pujian termasuk dari pihak berkuasa serta patut menjadi contoh kepada
banyak pihak lain, apa komen saudara?
Isu
yang ingin dinyatakan kami pada Sabtu lepas adalah isu teras kepada
umat Islam dan bumiputera yang cuba disentuh oleh pemimpin-pemimpin
dalam PH kononnya di atas asas mahu menunaikan janji dalam manifesto.
Sedangkan kami melihat ada banyak lagi janji lain yang perlu diutamakan
tetapi tidak dilaksanakan mereka.
Ratusan
ribu umat Islam dan orang Melayu berjaya dikumpul dan dihimpunkan,
adakah ini boleh dianggap sebagai satu kejayaan besar?
Jumlah
atau angka yang hadir pada hari itu tidak penting, 500,000 atau sejuta
sekalipun tapi memang kita lihat kehadiran begitu besar. Apa yang
lebih penting roh kepada himpunan itu telah menunjukkan kesatuan umat
Islam, Melayu dan bumiputera walaupun masing-masing berbeza parti
politik, latar belakang tetapi semuanya bersepakat dalam isu-isu
bersama.
Masih ada salah faham dalam
kalangan orang bukan Islam dan bukan bumiputera yang melihat
#DaulatHimpunan812 sebagai satu himpunan perkauman. Apa komen saudara?
Itu
bukan himpunan rasis iaitu kami menunjukkan sikap anti kepada kaum dan
bangsa lain khususnya Cina dan India. Ia hanya satu himpunan untuk
mempertahankan hak kita, dalam masa sama menghormati dan menerima
kontrak sosial yang memberikan hak kepada kaum serta bangsa lain tetapi
kita tidak mahu hak kita disentuh.
Apa
pandangan saudara apabila penganjur #DaulatHimpunan812 iaitu Gerakan
Pembela Ummah (Ummah) secara jelas mahu Pas dan UMNO terus bekerjasama
dan bersatu padu selepas ini?
Itu
sudah tentu perlu diterjemahkan oleh parti-parti politik Melayu dan
Islam yang dalam konteks ini adalah Pas dan UMNO. Jadi bagi saya kita
perlu terus mewujudkan suasana harmoni ini dalam isu-isu bersama, tidak
semestinya Pas dan UMNO mesti bergabung tetapi perlu sentiasa
menunjukkan persefahaman politik dalam setiap isu yang melibatkan Islam
dan umatnya, Melayu dan bumiputera.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.