TH: Ambil tindakan, jangan cakap banyak
SIASAT segera Lembaga Tabung Haji (TH) dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
Ambil tindakan kepada yang bersalah untuk menyelamatkan institusi kewangan umat Islam yang terbesar.
Menteri tidak perlulah bicara di
mahkamah media, kuasa sudah ada janganlah masih macam pembangkang. Tidak
perlu cakap banyak, ambil sahaja tindakan terhadap mereka yang
terlibat.
Kebajikan pendeposit mesti diutamakan.
Jangan pula menjadi alasan untuk tidak memberi hibah kepada pendeposit Tabung Haji (TH) pada tahun ini.
Kenapa perlu TH diletak di bawah Bank
Negara, sedangkan penubuhan TH di bawah Perbadanan Wang Simpanan
Bakal-Bakal Haji ditubuhkan pada bulan November tahun 1962, dan
beroperasi pada 30 September tahun 1963. Perbadanan ini wujud hasil
penerimaan kertas kerja Yang Mulia Profesor Diraja Ungku Aziz bertajuk
"Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji" pada tahun 1959.
Masihkah jamaah haji mampu mendapat subsidi apabila diletak di bawah BNM?
Naib Presiden PAS
11 Disember 2018 –
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.