Penyelesaian isu ICERD perlukan lebih daripada usaha politik
Oleh
Tawfik Ismail dan Lim Teck Ghee
Dua ulasan terbaharu dalam perkembangan isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) yang membimbangkan telah menegaskan bahawa penting untuk kerajaan menyatakan pendirian berkenaan hal ini secara jelas.
Kolum Bisik-Bisik Awang Selamat dalam Utusan Malaysia menyatakan mereka yang menentang ratifikasi ICERD mempunyai kebimbangan yang sahih, di mana ratifikasi ICERD ini mencabar Perlembagaan Persekutuan, yang seterusnya menggugat hak istimewa orang Melayu, Bumiputra dan raja-raja Melayu.
Kolum tersebut juga berpandangan isu ini akan terus memecahbelahkan negara selagi kerajaan meleret-leretkan isu ini dan tidak memberikan keputusan yang jelas, tegas serta menyakinkan. Penulis bertanya bagaimanakah ahli-ahli politik mahu menyakinkan rakyat sekiranya mereka tidak mengambil pendirian yang tegas dalam hal ini.
Ulasan kedua oleh Dr Musa Mohd Nordin dan Dr Awaluddin Mohamed Shaharoun pula menyatakan ahli-ahli politik Umno-PAS sedang menggunakan isu ini untuk mencetuskan ketidakstabilan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan.
Penulis juga mengingatkan pembaca mengenai rencana terbitan Utusan
Melayu bertarikh 15 September 1985 di mana Datuk Seri Abdul Hadi Awang,
yang pada waktu itu pesuruhjaya PAS Terengganu, “berikrar untuk
menghapuskan hak Melayu sekiranya PAS mengambil kuasa”.
Tambah beliau, hal ini termasuklah, “penghapusan hak tanah rizab Melayu, Dasar Ekonomi Baru atau polisi-polisi lain yang hanya menumpukan kepada kepentingan orang Melayu. PAS berjanji akan memastikan semua kaum dilayankan secara saksama”.
Walaupun kedua-dua ulasan tersebut mempunyai pandangan sangat berbeza berkenaan parti-parti politik, kedua-duanya kelihatan bersetuju dengan meletakkan tanggungjawab utama pada ahli-ahli politik Pakatan dan Barisan Nasioanl untuk meleraikan kontroversi ini.
Pendekatan politik yang authoritarian dan top-down (atas ke bawah) dalam menangani kontroversi ini bermula dengan pengumuman keputusan kerajaan Pakatan Harapan untuk tidak meratifikasi ICERD oleh Jabatan Perdana Menteri.
Menurut kenyataan tersebut, “kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, yang mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini.”
Keputusan tersebut yang jelas dibuat secara terburu-buru dan dalam keadaan panik mungkin berkesan dalam memadamkan sentimen serta pandangan orang ramai yang semakin membara. Tetapi, keputusan tersebut hanyalah untuk menyejukkan keadaan dan plaster ubat sementara.
Apa yang berlaku ialah isu ICERD dan persoalan berkenaan ratifikasinya telah menjadi, serta akan terus kekal sebagai, isu yang mencetuskan kontroversi, kempen-kempen membara oleh kumpulan yang menentang ratifikasi ICERD dan perbincangan umum yang hangat.
Menangani isu berbangkit
Bagi memastikan isu ratifikasi ICERD ini tidak terus disabotaj atau dimanipulasi oleh parti-parti dan ahli-ahli politik untuk kepentingan agenda mereka, satu pendirian yang muktamad haruslah dibuat. Pendirian ini harus mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan dan semua penduduk.
Kami mencadangkan proses penelitian dan analisa berikut dijalankan bagi menangani isu ini:
1. Bantahan utama yang disuarakan berkenaan ratifikasi ICERD adalah kebimbangan kesan konvensyen ini terhadap kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputra, raja-raja Melayu, bahasa Melayu, dan sebagainya.
2. Kenyataan Jabatan Perdana Menteri mengetengahkan isu baharu tetapi terkait, iaitu ratifikasi ICERD akan dikatakan mewujudkan konflik dengan “kontrak sosial” yang dipersetujui oleh pelbagai komuniti ketika kemerdekaan.
3. Semua pihak berkepentingan – selain ahli politik – haruslah meneliti semula ICERD dan menganalisis bagaimana ratifikasi akan memberikan impak kepada kedudukan mereka dan juga apa yang dikatakan sebagai “kontrak sosial”.
4. Khususnya, setiap pihak berkepentingan yang dikenalpasti oleh pengkritik ICERD sebagai kumpulan yang menerima kesan mudarat akibat ratifikasi konvesyen ini – Majlis Raja-raja, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan badan Islam, kumpulan sosial, budaya dan bahasa, akademik dan organisasi serta kumpulan Bumiputra lain haruslah mengambil peluang dan memberi keutamaan kepada proses ini. Gunakan proses ini untuk berkongsi analisis dan hasil kajian kepada masyarakat umum serta kerajaan. Melalui proses ini, pihak yang berkepentingan boleh memberikan pandangan terhadap kebimbangan yang ditimbulkan oleh pihak lain bagi pihak mereka.
Pihak berkepentingan bukan partisan dan bukan politik tidak boleh berdiam diri kerana ia tidak membantu negara kita. Kita semua sedia maklum ketakutan dan kegelisahan sedang diapi-apikan dan dimanipulasikan oleh pihak anti-ICERD.
Akhir sekali, cara terbaik untuk respon kepada mereka yang mendakwa mewakili atau bercakap bagi pihak orang Melayu ialah untuk mengingatkan mereka tentang kebijaksaan pemimpin kita terdahulu dalam membina negara ini.
Tun Dr Ismail Abdul Rahman, salah seorang pemimpin paling berpengaruh dalam sejarah komtemporari menjelaskan: “Kedudukan istimewa orang Melayu ialah satu bentuk bantuan yang diberikan kepada orang Melayu dengan kebenaran semua kumpulan etnik lain yang telah menjadi rakyat negara ini untuk memastikan orang Melayu dapat sama-sama bersaing untuk peluang-peluang di negara ini. Itu dan hanya itulah matlamat kedudukan istimewa orang Melayu.” (The Reluctant Politician: Tun Dr Ismail and his Time, halaman 225 oleh Ooi Kee Beng)
Kami percaya pendirian negara yang muktamad berkenaan ratifikasi ICERD – sama ada diteruskan atau tidak – haruslah dibuat berdasarkan analisis yang objektif, empirikal dan bebas, yang mengambil kira sejarah dan kebenaran sepertimana yang kami gariskan di atas.
Hal ini boleh mengatasi kebuntuan isu ini dan pendekatan ini diterima oleh majoriti rakyat yang mahu meletakkan isu ini di belakang dan maju ke hadapan.
Tawfik adalah anak sulung Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan bekas Ahli Parlimen Sungai Benut dari 1986-1990.
Lim Teck Ghee adalah seorang penganalisis polisi awam dan pengarang buku, Challenging Malaysia’s status quo.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.