Saat kuasa berada dalam tangan
PAS parti yang paling
lama berpengalaman sebagai pembangkang. Parti yang ditubuhkan sezaman
dengan PAS seperti Umno, MCA dan MIC boleh bertahan kerana mereka sejak
merdeka adalah parti pemerintah. Ditakdirkan mereka jadi pembangkang
seperti PAS, agak-agak masih wujud atau sudah ghaib dari muka bumi
Malaysia.
Walau lama jadi pembangkang, tapi bila
diberikan amanah kepimpinan sebuah kerajaan, pimpinan PAS tak kekok
untuk ubah pemikiran dari pembangkang kepada pemerintah. Kita mampu
menyesuaikan diri dengan cepat. Bercakap dan bertindak dengan mentaliti
sebagai sebuah kerajaan.
Berbeza dengan pembawakan sebahagian
besar pimpinan Kerajaan Pusat sekarang. Walau usia parti dan umur mereka
jadi pembangkang tidaklah sebanding kalau diukur dengan PAS, tapi cara
bercakap dan bertindak menggambarkan mentaliti pembangkang masih
menebal.
Kuasa dah ada di tangan tapi ramai yang
suka pindahkan kuasa mereka kepada media. Bercakap itu ini
berdegar-degar dan bukannya nak bertindak. Dalam sidang media Menteri,
masih ada lagi acara angkat playcard. Tak puas lagi ke main playcard?
Paling menjengkelkan bila Menteri merapu
kepada media dalam isu Tabung Haji. Falsafah dan objektif penubuhan
Tabung Haji sangat baik dan murni serta TH mampu melaksanakan tugas
dengan tepat bagi menjaga kepentingan jemaah haji. Ada salah tadbir urus
atau pecah amanah, bawalah individu yang bertanggungjawab ke muka
pengadilan. Jangan dirosakkan institusi TH secara keseluruhan. Inilah
antara aset umat Islam yang masih tinggal di bumi Malaysia.
Kamu nak
hakis satu persatu dengan letakkan ia bawah kuasa seorang Menteri bukan
Islam? Ingat balik bila Kerajaan Pusat bertukar, lebih 1000 orang Imam
dan Bilal yang sepatutnya mengerjakan haji bawah tanggungan kerajaan
telah dibatalkan. Siapa Menteri yang kata, pembiayaan mengerjakan haji
itu perlu dibatalkan kerana ia satu pembaziran?
Nak harapkan Menteri DAP bela nasib
orang Melayu yang toreh getah dan kait kelapa sawit dah gelap gambar. TH
yang di bawah kuasa Menteri Melayu Islam pun nak diperjudikan di bawah
DAP. Saya sangat bimbang bila nanti perbelanjaan mengerjakan haji dikira
satu pembaziran!
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.