https://critoxium.com/shop/

Terkini

Hadi pernah temui kami rayu sokongan jadi PM, kata Kit Siang

PETALING JAYA: Lim Kit Siang mendakwa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi kepimpinan PAS bertemunya untuk membincangkan soal perdana menteri pada pilihan raya umum ke-13 lepas, ketika DAP dituduh anti-Islam menuju hari mengundi pilihan raya kecil Cameron Highlands.

Veteran DAP itu mendakwa pemimpin PAS mahu berbincang mengenai calon perdana menteri gabungan pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat, kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap tidak sesuai.

“Pemimpin PAS agak licik kerana tidak mencadangkan Hadi harus menjadi calon perdana menteri, dan secara diplomatik mencadangkan calon yang sesuai adalah veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Apabila pemimpin DAP membantah dan bertegas Anwar harus terus menjadi calon PR, dan kami tidak mencadangkan Hadi sebagai calon, pemimpin PAS mengugurkan subjek itu kerana tahu DAP tidak akan menyokong Hadi sebagai perdana menteri dan cadangan menggantikan Anwar tidak lagi ditimbulkan.”

Lim berkata DAP dituduh anti-Islam dan anti-Melayu kerana partinya enggan menyokong Hadi sebagai perdana menteri.

Beliau bersyukur PR tidak memenangi majoriti kerusi Parlimen pada pilihan raya umum pada 2013, kerana negara akan terjerumus ke dalam krisis perlembagaan sekiranya Hadi mahu menjadi “kingmaker” dan menukar sokongan PAS.

“Hadi lupa di masa kegemilangan PR, dia berkata haram mengundi Umno dan setiap ahli dan penyokong PAS wajib mengundi DAP,” katanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.