Jakim: Denda hingga RM5 juta jika kelirukan pengguna dengan status halal
PUTRAJAYA, 12 Jan ― Mana-mana pihak yang cuba mengelirukan pengguna
dengan status halal boleh didenda sehingga tidak melebihi RM5 juta jika
kesalahan pertama dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, kata Ketua
Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mohamad Nordin
Ibrahim.
Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara tersebut adalah berpandukan Perintah Perihal Dagangan (Takrifan Halal) 2011.
“Jika kesalahan dilakukan oleh bukan pertubuhan perbadanan, ia boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama,” katanya lagi.
Tambah Mohamad Nordin, peniaga dan pengusaha seharusnya mempunyai sensitiviti yang tinggi untuk membangun perusahaan dalam memenuhi keperluan pengguna Islam dan bukan Islam di negara ini. Sementara masyarakat pengguna pula hendaklah memilih hanya premis yang mempunyai sijil halal yang diyakini sah sahaja.
Beliau
mengulas laporan Bernama pada 7 Jan berhubung kenyataan Presiden
Persatuan Pengusaha Makanan Melayu Islam Wilayah Persekutuan dan
Selangor (Permas) Ayob Abd Majid yang mencadangkan Jakim perlu
mewajibkan pengusaha restoran untuk memiliki sijil halal sebelum
beroperasi.
Jelas Mohamad Nordin, Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) adalah bersifat sukarela dan bukan suatu kewajipan bagi pengusaha premis makanan dan ia adalah berpandukan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) dan (Takrif Halal) 2011.
Setakat ini, tiada peraturan yang mewajibkan mana-mana syarikat untuk mendapatkan SPHM daripada Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), tambah beliau.
“Cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal kpd semua premis makanan memerlukan pandangan daripada pelbagai pihak,” katanya lagi.
Mohamad Nordin menasihatkan semua pengusaha restoran dan pengeluar produk makanan supaya mendapatkan sijil halal daripada Jakim bagi memastikan jaminan halal dan kualiti makanan yang disediakan di samping meningkatkan keyakinan pengguna. ― Bernama
Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara tersebut adalah berpandukan Perintah Perihal Dagangan (Takrifan Halal) 2011.
“Jika kesalahan dilakukan oleh bukan pertubuhan perbadanan, ia boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama,” katanya lagi.
Tambah Mohamad Nordin, peniaga dan pengusaha seharusnya mempunyai sensitiviti yang tinggi untuk membangun perusahaan dalam memenuhi keperluan pengguna Islam dan bukan Islam di negara ini. Sementara masyarakat pengguna pula hendaklah memilih hanya premis yang mempunyai sijil halal yang diyakini sah sahaja.
Jelas Mohamad Nordin, Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) adalah bersifat sukarela dan bukan suatu kewajipan bagi pengusaha premis makanan dan ia adalah berpandukan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) dan (Takrif Halal) 2011.
Setakat ini, tiada peraturan yang mewajibkan mana-mana syarikat untuk mendapatkan SPHM daripada Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), tambah beliau.
“Cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal kpd semua premis makanan memerlukan pandangan daripada pelbagai pihak,” katanya lagi.
Mohamad Nordin menasihatkan semua pengusaha restoran dan pengeluar produk makanan supaya mendapatkan sijil halal daripada Jakim bagi memastikan jaminan halal dan kualiti makanan yang disediakan di samping meningkatkan keyakinan pengguna. ― Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.