Nazri akui BN sukar pertahan kerusi Cameron Highlands
CAMERON HIGHLANDS: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri
Nazri Aziz mengakui parti itu sukar mempertahankan kerusi Parlimen
Cameron Highlands yang dimenanginya dalam pilihan raya umum ke-14
(PRU14) tahun lalu.
Katanya, kedudukan BN kini sama seperti Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi pembangkang yang sukar memenangi pilihan raya kecil (PRK).
“Sekarang kita berada di pihak pembangkang, sepertimana semua tahu mana-mana PRK, ia sentiasa tidak memihak kepada pembangkang,” katanya
Bekas menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, parti pemerintah akan menggunakan semua kelebihan yang ada, termasuk sokongan kementerian untuk membantu calonnya.
“Tetapi, tidak mengapa, kami akan hadapinya.”
BN mempertahankan bekas pegawai kanan polis yang berasal daripada masyarakat Orang asli, Ramli Mohd Nor menentang calon PH, M Manogaran dan 2 calon bebas, Salehuddin Ab Talib dan Wong Seng Yee.
PRK Cameron Highlands akan diadakan pada 26 Januari ini, selepas Mahkamah Pilihan Raya pada November lalu membatalkan kemenangan calon BN, Datuk C Sivarraajh daripada MIC pada PRU14 lalu.
Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen itu dengan majoriti 597 undi, selepas menewaskan pencabar terdekatnya, Manogaran dalam pertandingan 5 penjuru.
Cameron Highlands mempunyai 32,009 orang, termasuk 247 pengundi awal dan 12 pengundi tidak hadir.
Kayveas sokong PH
Nazri tidak terkejut dengan tindakan Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas menarik diri daripada PRK Cameron Highlands dan menyokong PH kerana parti itu sudah meninggalkan BN.
“Beliau merupakan antara pemimpin MyPPP yang meninggalkan BN, sudah tentu dia tidak menyokong BN.”
Nazri juga enggan menjawab spekulasi Kayveas mempunyai 3,000 pengundi di Cameron Highlands yang mampu membantu PH memenangi PRK itu.
“Beliau tidak boleh mengukur undi mengikut kawasan, sama ada kawasan ini mempunyai 3,000 atau 4,000 pengundi yang akan mengundi beliau, terpulang kepada beliau untuk bercakap, apa yang penting ialah keputusannya sebab kita tidak tahu.”
Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail optimis BN mampu mengekalkan kemenangan menerusi Ramli.
“Kita yakin calon yang kita pilih ini, calon pilihan rakyat, calon seperti Ramli ini rakyat mahu. Rakyat akan memilih calon yang mereka percaya.
“Contohnya, jika saya tahu anda suka KFC (Kentucky Fried Chicken), tetapi saya membawa anda ke restoran yang menjual tempoyak ikan patin, anda tahu maksud saya?”
Mengenai dakwaan Kayveas mampu membantu PH memenangi PRK Cameron Highlands, Rosdy berkata: “Kayveas boleh mendakwa dia mempunyai sokongan tertentu, tetapi dia tidak boleh beri bukti.
“Berbeza dengan PAS, mereka boleh berkata demikian sebab terbukti keputusan pilihan raya lepas mereka ada sokongan yang telah diterjemah melalui jumlah yang diperolehi.”
PRK Cameron Highlands ialah yang ke-5 selepas PRU14 pada 9 Mei tahun lalu dan calon mempunyai 14 hari untuk berkempen.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.