Keindahan Taman Tasik Taiping
Berjalan sambil dipayungi deretan kehijauan pokok angsana, menjadi satu keseronokan bagi setiap pengunjung taman awam pertama Tanah Melayu, Taman Tasik Taiping.
Memiliki keluasan 64 hektar bersamaan 160 ekar, taman indah ini sentiasa menjadi tarikan utama bagi mereka yang berhasrat untuk berkunjung ke Taiping, Perak.
Beroperasi dan dibuka kepada awam sejak 1880, Taman Tasik Taiping bukan sahaja menyajikan ketenangan bahkan ia turut menempatkan tarikan lain termasuk Bukit Larut, Zoo Taiping dan Night Safari Taiping.
Kewujudan tarikan tambahan ini membuatkan Taman Tasik Taiping tidak pernah sunyi dengan kunjungan pelancong tempatan mahupun asing.
Menariknya pada waktu malam pula, masih ramai pengunjung menghabiskan masa santai di taman ini sambil menikmati suasana indah dibayangi pokok angsana bersama suhu sejuk yang menyamankan.
Berdasarkan sejarah, Taman Tasik Taiping ini dibina di atas kawasan perlombongan bijih timah terbiar yang didermakan oleh Chung Thye Phin sebagai kawasan rekreasi untuk kegunaan awam.
Idea untuk membina taman awam ini dicetuskan Kolonel Robert Sandilands Frowd Walker sebelum dipertanggungjawabkan kepada Charles Compton Reade yang juga memainkan peranan merancang taman bandar Kuala Lumpur untuk membangunkannya.
Kaya dengan flora dan fauna tropika, pemandangan taman tasik yang sinonim dengan pokok angsana ini turut disempurnakan dengan 10 tasik dan kolam indah.
Selain itu, terdapat beberapa rumah persendirian dan kerajaan berhampiran taman serta beberapa hotel terkenal turut beroperasi di destinasi pelancongan warisan negara ini.
Sering menjadi tumpuan bagi rutin rekreasi serta keluarga, pengunjung juga berpeluang melakukan aktiviti seperti mengayuh bot dan basikal, ‘swan paddle boat’ serta mendaki Bukit Larut.
Di sebalik keindahan sedia ada yang sentiasa dipelihara, pengunjung disarankan untuk lebih prihatin dalam menjalankan tanggungjawab yang sama demi mengekalkan khazanah warisan negara ini.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.