Lupakan jadi PM semula, Najib berbakat jadi ‘badut media sosial’
Oleh Aliff Fikri Aziz
KUALA LUMPUR, 23 Jan — Datuk Seri Najib Razak dinasihati supaya “pendamkan” hasrat menjadi perdana menteri sekali lagi sebaliknya meneruskan bakat sebagai “badut media sosial”.
Namun, Rafizi Ramli berkata bekas perdana menteri “salah besar” jika beliau menganggap sambutan baik media sosialnya “mencerminkan kecintaan rakyat” kepada ahli parlimen Pekan.
“Jika beliau menyimpan cita-cita untuk menjadi perdana menteri sekali lagi, saya nasihatkan beliau pendamkan saja kerana beliau ada bakat menjadi badut media sosial seperti sekarang,” katanya.
“Lebih
baik Najib kekal begitu kerana rakyat tidak lupa dengan keangkuhan,
kemewahan dan penyelewengan yang berleluasa semasa beliau menjadi
perdana menteri”.
Naib presiden PKR juga percaya sambutan baik media sosial Najib berikutan tulisannya “kena dengan kehendak rakyat untuk melihat hasil segera pertukaran kerajaan”.
Minggu lalu, Najib yang aktif memperlekeh kerajaan melalui Facebook dan Twitter mengaku sebagai “king of troll” dan beliau mendakwa “melawan dengan fakta”.
“Sebab itulah saya hari ini sudah dinobat sebagai king of troll,” kata Najib dipetik Malaysiakini.
KUALA LUMPUR, 23 Jan — Datuk Seri Najib Razak dinasihati supaya “pendamkan” hasrat menjadi perdana menteri sekali lagi sebaliknya meneruskan bakat sebagai “badut media sosial”.
Namun, Rafizi Ramli berkata bekas perdana menteri “salah besar” jika beliau menganggap sambutan baik media sosialnya “mencerminkan kecintaan rakyat” kepada ahli parlimen Pekan.
“Jika beliau menyimpan cita-cita untuk menjadi perdana menteri sekali lagi, saya nasihatkan beliau pendamkan saja kerana beliau ada bakat menjadi badut media sosial seperti sekarang,” katanya.
Naib presiden PKR juga percaya sambutan baik media sosial Najib berikutan tulisannya “kena dengan kehendak rakyat untuk melihat hasil segera pertukaran kerajaan”.
Minggu lalu, Najib yang aktif memperlekeh kerajaan melalui Facebook dan Twitter mengaku sebagai “king of troll” dan beliau mendakwa “melawan dengan fakta”.
“Sebab itulah saya hari ini sudah dinobat sebagai king of troll,” kata Najib dipetik Malaysiakini.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.