100,000 bekas UMNO Sabah bakal sertai Bersatu
KUALA LUMPUR - Kira-kira 100,000 bekas ahli di UMNO Sabah bakal menyertai Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas parti yang diasaskan oleh
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu membuat keputusan masuk ke
negeri tersebut.
Jumlah itu termasuklah lima Ahli Parlimen dan lapan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengumumkan keluar UMNO pada
Disember 2018.
Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, jumlah 100,000 itu datang daripada 25 kawasan Parlimen di Sabah.
“Borang
telah dihantar untuk pertimbangan. Termasuklah lima Ahli Parlimen,
lapan ADUN dan dua Senator. Kami alu-alukan keputusan tersebut (Bersatu
masuk ke Sabah),” katanya
Lima
bekas Ahli Parlimen UMNO itu ialah Ronald (Beluran), Datuk Abd. Rahim
Bakri (Kudat), Datuk Azizah Mohd. Dun (Beaufort), Datuk Zakaria Mohd.
Edris (Libaran) dan Yamani Hafez Musa (Sipitang)




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.