Adakah DAP mahu musnah integriti PDRM?
Oleh Muhammad Khalil Abdul Hadi
PENDEDAHAN Menteri
Kewangan, Lim Guan Eng, tentang lawatan pegawai atasan Polis Muhammad Khalil Abdul HadiDiara
Malaysia (PDRM) ke Turki yang dibiayai dengan tajaan sebuah syarikat
judi terkenal, Da Ma Cai, sangat mengejutkan Dewan Pemuda PAS Malaysia
(DPPM).
DPPM mengalu-alukan usaha murni PDRM
melawat Turki bagi mempelajari selok-belok untuk membenteras kegiatan
perjudian atas talian. Lebih dari itu, Dewan Pemuda PAS berharap semua
kegiatan judi sama ada berlesen atau tidak berlesen, atas talian atau
luar talian, dihapuskan sama sekali di negara ini.
Isu penajaan lawatan pegawai atasan PDRM
ke Turki untuk mempelajari kaedah membenteras judi atas talian
seharusnya tidak timbul apatah di perbesarkan. Ia sepatutnya boleh di
selesaikan secara dalaman oleh Kementerian Kewangan memandangkan Lembaga
Totalisator sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan.
Namun tindakan Lim Guan Eng seolah-olah
mahu memperlekehkan serta memusnahkan martabat serta integritI PDRM
terutamanya di kalangan rakyat dengan mendedahkan bahawa PDRM menerima
tajaan Da Ma Cai. Sepatutnya Lim Guan Eng sendiri boleh menyelesaikan
isu ini dengan tidak menerima tajaan tersebut dan meluluskan peruntukan
di bawah Kementerian Kewangan.
Menjadi persoalan mengapa Lim Guan Eng
tidak bertindak sedangkan agensi tersebut di bawah Kementerian Kewangan?
Ini menggambarkan seperti ada 'hubungan istimewa' antara Da Ma Cai
dengan Kementerian Kewangan. Secara tidak langsung menunjukkan bahawa
kegiatan perjudian dan industri dosa akan terus subur di negara ini
disebabkan adanya 'hubungan istimewa' tersebut jika benar ia berlaku.
Sehubungan dengan itu, DPPM mendesak
agar Menteri Kewangan memohon maaf kepada umat Islam di Malaysia dan
khususnya PDRM, kerana dengan meluluskan tajaan Da Ma Cai itu Lim Guan
Eng telah memalukan institusi penguatkuasaan yang berlambangkan nama
ALLAH dan MUHAMMAD. Lim Guan Eng harus bertanggungjawab kerana Lembaga
Totalisator terletak di bawah bidang kuasa beliau.
DPPM juga mendesak supaya Kementerian
Kewangan mengembalikan semula dana Da Ma Cai yang telah digunakan untuk
membiayai rombongan PDRM dalam tempoh seminggu. Sekiranya Lim Guan Eng
benar bertanggungjawab dan berintegriti, wajar beliau menggunakan
peruntukkan dari Kementerian Kewangan untuk kegunaan pagawai atasan PDRM
untuk lawatan kerja ke Turki.
“Islam Memimpin“
“Terus Mara“
“Terus Mara“
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.