SPR: Tidak perlihat komitmen reformasi institusi
SAYA mengucapkan
tahniah atas pelantikan anggota-anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
seperti yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr.
Ismail Bakar kelmarin.
Walaupun begitu, pelantikan ini sekali
lagi tidak memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam melakukan reformasi
institusi sedangkan agenda ini merupakan intipati penting yang
terkandung dalam Buku Harapan, Kajian Separuh Penggal RMK11 dan Bajet
2019.
Kerajaan juga telah ditegur mengenai
perkara ini semasa pelantikan Pengerusi SPR pada September tahun lalu.
Sepatutnya, pelantikan anggota-anggota SPR yang baharu ini mestilah
melalui proses perakuan oleh Parlimen sebelum mendapat perkenan oleh
Yang di-Pertuan Agong.
Ini penting bagi memastikan SPR
bertanggungjawab kepada Parlimen, bebas daripada campur tangan Kerajaan
dan mendapat kepercayaan awam.
Walau bagaimanapun, saya amat berharap
anggota-anggota SPR yang telah dilantik ini dapat menjalankan tugas
dengan amanah; bersikap adil dan telus; dan komited terhadap agenda
reformasi sistem pilihan raya di negara ini.
“Islam Memimpin”
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRIAhli Parlimen Kuala Nerus




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.