Bukan 'bossku' tapi 'pencuriku' - Azmin Ali
SEMENYIH, 13 Feb — Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan bekas
perdana menteri Datuk Seri Najib Razak lebih layak digelar “pencuriku”
berbanding “bossku”.
Timbalan presiden PKR berkata panggilan “boss” tidak sesuai untuk seorang pemimpin “kleptokrat” yang mengamalkan rasuah.
“Jika dia seorang pencuri, kita sokong? Pemimpin korup dia bos kita?” katanya selepas melancarkan bilik gerakan Wanita Pakatan Harapan di sini malam tadi.
“Jawapannya tidak! Bagi saya dia bukan 'bossku' tetapi 'pencuriku'“.
Azmin
turut mencabar Najib supaya berkempen pada pilihan raya kecil (PRK)
Semenyih seperti yang dilakukannya di Cameron Highlands.
“Baru sekarang tunggang motosikal, makan roti canai, pakai kain sarong, walaupun salah dan naik teksi. Cara ini mungkin berjaya di Cameron Highlands, saya nak tengok dia buat di Semenyih,” katanya.
“Orang Melayu di Semenyih tidak sama seperti Cameron Highlands. Mereka bukan Melayu pekan. Sebab itu, saya nak tengok 'bossku' datang ke tidak.”
Timbalan presiden PKR berkata panggilan “boss” tidak sesuai untuk seorang pemimpin “kleptokrat” yang mengamalkan rasuah.
“Jika dia seorang pencuri, kita sokong? Pemimpin korup dia bos kita?” katanya selepas melancarkan bilik gerakan Wanita Pakatan Harapan di sini malam tadi.
“Jawapannya tidak! Bagi saya dia bukan 'bossku' tetapi 'pencuriku'“.
“Baru sekarang tunggang motosikal, makan roti canai, pakai kain sarong, walaupun salah dan naik teksi. Cara ini mungkin berjaya di Cameron Highlands, saya nak tengok dia buat di Semenyih,” katanya.
“Orang Melayu di Semenyih tidak sama seperti Cameron Highlands. Mereka bukan Melayu pekan. Sebab itu, saya nak tengok 'bossku' datang ke tidak.”





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.