Mahfuz: 'Ubah' kokurikulum sekolah memandu dulu, bukan tambah kamera AES
KANGAR, 13 Feb — Kerajaan perlu mendisiplin pengguna jalan raya
melalui kokurikulum sekolah memandu, bukan giat menambah kamera Sistem
Penguatkuasaan Automatik (AES).
Menganggap usaha mendidik disiplin pengguna jalan raya lebih utama, Datuk Mahfuz Omar berkata kokurikulum di sekolah memandu perlu “berubah”, lapor Utusan Online.
“Selain itu, saya fikir kokurikulum di sekolah memandu juga perlu berubah. Kita kena akui, punca kemalangan kebanyakannya disebabkan disiplin pengguna jalan raya itu sendiri,” katanya.
Kekal membantah pelaksanaan AES sejak pentadbiran kerajaan dulu, timbalan menteri sumber manusia berkata kerajaan sekarang tidak harus “menambah lagi bilangan kamera tersebut”.
Beliau
juga sudah menyampaikan mesej kepada menteri pengangkutan berkaitan dua
hukuman dalam satu kesalahan melalui sistem tersebut yang disifatkannya
sebagai “tidak wajar”.
“Saya sudah beri mesej kepada dia (Anthony Loke) dan dia tahu mengenai pendirian saya sejak awal dahulu,” kata naib presiden Parti Amanah Negara (Amanah).
“Dia juga bersama-sama dengan saya dahulu menentang AES”.
Menganggap usaha mendidik disiplin pengguna jalan raya lebih utama, Datuk Mahfuz Omar berkata kokurikulum di sekolah memandu perlu “berubah”, lapor Utusan Online.
“Selain itu, saya fikir kokurikulum di sekolah memandu juga perlu berubah. Kita kena akui, punca kemalangan kebanyakannya disebabkan disiplin pengguna jalan raya itu sendiri,” katanya.
Kekal membantah pelaksanaan AES sejak pentadbiran kerajaan dulu, timbalan menteri sumber manusia berkata kerajaan sekarang tidak harus “menambah lagi bilangan kamera tersebut”.
“Saya sudah beri mesej kepada dia (Anthony Loke) dan dia tahu mengenai pendirian saya sejak awal dahulu,” kata naib presiden Parti Amanah Negara (Amanah).
“Dia juga bersama-sama dengan saya dahulu menentang AES”.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.