Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Rais Hussin Mohamed Ariff
menyangkal dakwaan PAS yang mendakwa PH bercadang untuk menyingkirkan Dr
Mahathir Mohamad daripada jawatan perdana menteri.
Bercakap kepada Malaysiakini Rais Hussin berkata tiada bukti yang menunjukkan dakwaan pembangkang itu adalah benar sebaliknya ia bersifat spekulasi.
"Kalaupun ada yang seumpamanya, ia hanya khabar angin yang dirancang dengan sangat lemah.
"Ketika
ini perpaduan PH sangat kuat... ia dapat kita lihat melalui cara mereka
bekerjasama dengan erat dalam semua PRK," katanya ketika dihubungi
semalam.
Selain Rais Hussin, pimpinan DAP, PKR dan Amanah - yang membentuk PH - turut menafikan dakwaan PAS berkenaan.
Setiausaha
Agung DAP Lim Guan Eng menanggap isu yang dinyatakan PAS sebagai fitnah
dan penipuan, manakala Presiden PKR Anwar Ibrahim menuduh parti
pembangkang itu mencipta isu bagi mengalih perhatian rakyat daripada
persoalan mengenai dana RM90 juta yang dikatakan diberi Umno.
Dakwaan terhadap PAS itu sedang disiasat pihak berkuasa.
Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir pula dipetik Utusan Online sebagai berkata parti itu menyokong penuh kepemimpinan Mahathir.
Fokus kemahuan rakyat
Ahad
lalu Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mendakwa ada dua parti
komponen PH - yang tidak dinamakannya - cuba mengemukakan usul tidak
percaya terhadap Mahathir di parlimen.
Justeru, katanya, kerana
itulah PAS menandatangani ikrar sokongan kepada perdana menteri jika ada
sesuatu yang dilakukan terhadapnya.
Sejak itu - dan ketika kempen
PRK Semenyih semakin hangat dipergiatkan - kepemimpinan PAS secara
berterusan menimbulkan isu berkenaan.
Kata Rais Hussin, Mahathir
dan anggota kabinetnya kini sedang sibuk membangunkan semula negara
sejak majoriti rakyat di negara ini memberikan mandat kepada PH pada Mei
tahun lalu.
Beliau
yang juga pengerusi Biro Dasar dan Strategi Bersatu menambah kerajaan
tidak wajar diganggu dengan dakwaan seperti yang dibuat PAS.
"Terlalu banyak tugas yang perlu dilakukan serta sedang dilakukan bagi merealisasikan kemahuan rakyat.
"Usaha keras itu selaras dengan apa yang rakyat inginkan.
"Maknanya
pengukuhan institusi demokratik untuk menjaga kepentingan orang ramai,
mengutamakan rakyat dan mendengar apa yang mereka harapkan adalah
langkah untuk membina semula Malaysia.
"Isu lain seperti politiking hanyalah gangguan yang tidak berbaloi untuk diberi perhatian oleh Mahathir atau PH.
"Kita harus kekal fokus untuk memberikan apa yang dikehendaki rakyat dan mengembalikan kegemilangan Malaysia," katanya.
Dakwaan PAS cuma desas-desus tak dirancang rapi
Reviewed by editorreformis
on
Februari 20, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
By TK Chua I am trying to explain, based on my experience and observations, why the RM18 billion that was supposed to be in the “GST r...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.