Semenyih bukan cuma PRK 'biashe-biashe'
Oleh Al-Abror Mohd Yusuf
Khemah BN dengan PAS tak meriah pun," kata rakan setugas di Semenyih pada hari penamaan calon Sabtu lepas.
"Tak apa," kata saya, "malaikat tak perlukan khemah."
Sudah tentu saya hanya bergurau dengan kata-kata itu. Dan sudah tentu juga orang PAS akan marah. Tapi biarlah. Saya 'yakin' kemarahan itu akan mendatangkan pahala buat mereka.
Sedangkan menipu pun boleh dianggap menjadi asbab kepada Nik Abduh Nik Abdul Aziz beroleh pahala, apa sangatlah dengan kemarahan kerana disindir, kan?
Tarikh 16 Feb ialah detik awal 'perang' di antara PH dan pembangkang di sebuah pekan di selatan Selangor.
Ia juga - secara logiknya - menandakan sebuah lokasi "biashe-biashe" yang menaikkan semangat banyak pihak.
* PH mahu menebus kekalahan mereka di PRK Cameron Highlands
* BN dan sahabat mereka - PAS - bersemangat mahu mencatat kemenangan kedua menundukkan parti kerajaan selepas gagal dalam empat percubaan sebelumnya
* Parti Sosialis Malaysia mahu membuktikan Nik Aziz Afiq Abdul ialah calon yang paling tepat buat rakyat Semenyih
* Mohamad Hasan mahu membuktikan beliau adalah jawapan kepada Umno dan BN. Cameron Highlands adalah buktinya selepas Ahmad Zahid Hamidi gagal di Seri Setia, Sungai Kandis, Balakong dan Port Dickson.
* Najib Razak mahu membuktikan dia bukan boss yang biashe-biashe. Beliau seorang "boss-kew" yang tidak perlu malu-malu.
Oleh
kerana itulah secara perbandingan dengan PRK terdahulu, ada beberapa
perkembangan yang menarik perhatian di Semenyih kali ini.
Misalnya kemunculan tokoh muda dan berpotensi besar dalam Umno suatu ketika dulu, Dr Mohamad Khir Toyo, dalam kempen BN.
Malam kelmarin beliau hadir memberikan ucapan dan kata-kata semangat buat pendukung BN di Kampung Rinching Hilir. Dipercayai ia adalah kemunculan pertama beliau di atas pentas parti untuk berkempen secara langsung sejak dibebaskan dari penjara pada 2016.
Peminat politik mana tidak kenal akan beliau?
Sebagai
menteri besar Selangor Mohamad Khir adalah watak berprofil tinggi dalam
Umno suatu ketika dulu. Beliau menerajui Selangor dengan pelbagai idea
yang bernas dan mencabar pemikiran kebanyakan orang.
Saya adalah petugas media yang hampir saban minggu membuat liputan sidang media beliau selepas berakhirnya mesyuarat exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada setiap Rabu.
Secara peribadi, Mohamad Khir ialah ahli politik dan menteri besar yang baik. Beliau melayan media dan orang ramai dengan budiman.
Sebelum 18 Ogos 2000 siapa yang kenal akan Mohamad Khir kecuali kalangan orang Umno dan BN Selangor? Hanya selepas itu namanya dikenali apabila dilantik menjadi menteri besar menggantikan Abu Hassan Omar.
Dan Dr Mahathir Mohamad itulah yang memilih Mohamad Khir menjadi menteri besar. Bukan tidak ada orang lain yang lebih senior dalam Umno Selangor.
Tapi Mahathir membuat kejutan dengan menuding jarinya kepada doktor gigi itu untuk mentadbir Selangor.
Namun
kes mahkamah yang disabitkan padanya mengubah keadaan. Sejak didapati
bersalah atas tuduhan rasuah, nama Mohamad pudar perlahan-lahan.
Kali ini Mohamad Khir muncul di pentas parti. Tujuannya tentulah berkempen untuk Umno. Dan Umno itu matlamatnya mahu mengalahkan PH yang Mahathir adalah perdana menterinya.
Kemudian semalam muncul pula Ahmad Zahid. Siapa tidak kenal anggota parlimen Bagan Datuk itu? Orangnya ganteng dan semangatnya membara. Khabarnya gemar pula melakukan pelbagai amal kebajikan melalui yayasannya.
Selain darah Jawa yang ada pada Mohamad Khir dan Ahmad Zahid, kedua-dua mereka juga ada persamaan lain. Ahmad Zahid dan Mohamad Khir sudah didakwa di mahkamah.
Ketika
Mohamad Khir sudah dibicarakan dan dihukum, nasib Ahmad Zahid belumlah
diketahui. Setakat ini ada 46 tuduhan jenayah sudah disandarkan pada
batang tubuhnya.
Ia lebih sedikit daripada Najib yang berdepan 42 tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
Dan ketiga-tiga mereka adalah watak penting yang sedang memberi tunjuk ajar kepada lebih 54,400 pengundi berdaftar di Semenyih supaya memangkah calon BN yang disokong PAS, Zakaria Hanafi, 58, dan menolak yang lain-lain.
Ahmad Zahid juga dipercayai baru kali ini muncul secara terbuka untuk menyertai gerak kerja kempen BN sejak bercuti daripada tugasnya sebagai presiden parti.
Apa
yang berlaku itu memang menarik. Ia juga membuka kepada
kemungkinan-kemungkinan lain. Misalnya tokoh-tokoh lain yang dekat
dengan Najib sebelum ini.
Isa Samad dan Tengku Adnan Tengku Mansor, misalnya.
Selepas hubungan di antara PAS dan Umno terjalin secara terbuka, bagus juga dicuba formula baru di Semenyih.
Rasanya
belum pernah lagi Abdul Hadi Awang atau Tuan Ibrahim Tuan Man
digandingkan di atas pentas sama dengan Isa atau Tengku Adnan.
Nik Abduh juga mesti diberi peluang menyumbang untuk menghalang PH menang, kerana di dalam gabungan itu wujudnya musuh nombor wahid PAS, iaitu DAP.
Mudah-mudahan bertambah lagi pahala buat beliau.
Ada ramai lagi tokoh muda dalam PAS yang layak dibawa bersama. Aturlah majlis dan program untuk mereka. Ada banyak yang boleh dilakukan bersama anggota Umno.
Berkonvoi dengan motosikal berkuasa besar, contohnya.
Tidak keterlaluan juga untuk mengharapkan Irwan Serigar Abdullah dan Arul Kanda Kandasamy dibawa berkempen dan berceramah di Semenyih.
Walaupun didakwa di mahkamah mereka sudah terbukti ialah tokoh ekonomi luar biasa banyak menyumbang kepada negara semasa pemerintahan Najib dulu.
Jika Najib yang "biashe-biashe" boleh mengundang sambutan amat hangat dan diraikan dengan penuh gemilang di Semenyih, apa salahnya Umno membawa bersama tokoh-tokoh lain yang banyak berjasa kepada anggota parlimen Pekan itu, kan?
Mereka bukannya "biashe-biashe" boss-kew!
Khemah BN dengan PAS tak meriah pun," kata rakan setugas di Semenyih pada hari penamaan calon Sabtu lepas.
"Tak apa," kata saya, "malaikat tak perlukan khemah."
Sudah tentu saya hanya bergurau dengan kata-kata itu. Dan sudah tentu juga orang PAS akan marah. Tapi biarlah. Saya 'yakin' kemarahan itu akan mendatangkan pahala buat mereka.
Sedangkan menipu pun boleh dianggap menjadi asbab kepada Nik Abduh Nik Abdul Aziz beroleh pahala, apa sangatlah dengan kemarahan kerana disindir, kan?
Tarikh 16 Feb ialah detik awal 'perang' di antara PH dan pembangkang di sebuah pekan di selatan Selangor.
Ia juga - secara logiknya - menandakan sebuah lokasi "biashe-biashe" yang menaikkan semangat banyak pihak.
* PH mahu menebus kekalahan mereka di PRK Cameron Highlands
* BN dan sahabat mereka - PAS - bersemangat mahu mencatat kemenangan kedua menundukkan parti kerajaan selepas gagal dalam empat percubaan sebelumnya
* Parti Sosialis Malaysia mahu membuktikan Nik Aziz Afiq Abdul ialah calon yang paling tepat buat rakyat Semenyih
* Mohamad Hasan mahu membuktikan beliau adalah jawapan kepada Umno dan BN. Cameron Highlands adalah buktinya selepas Ahmad Zahid Hamidi gagal di Seri Setia, Sungai Kandis, Balakong dan Port Dickson.
* Najib Razak mahu membuktikan dia bukan boss yang biashe-biashe. Beliau seorang "boss-kew" yang tidak perlu malu-malu.
Bekas MB muncul kembali
Misalnya kemunculan tokoh muda dan berpotensi besar dalam Umno suatu ketika dulu, Dr Mohamad Khir Toyo, dalam kempen BN.
Malam kelmarin beliau hadir memberikan ucapan dan kata-kata semangat buat pendukung BN di Kampung Rinching Hilir. Dipercayai ia adalah kemunculan pertama beliau di atas pentas parti untuk berkempen secara langsung sejak dibebaskan dari penjara pada 2016.
Peminat politik mana tidak kenal akan beliau?
Saya adalah petugas media yang hampir saban minggu membuat liputan sidang media beliau selepas berakhirnya mesyuarat exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada setiap Rabu.
Secara peribadi, Mohamad Khir ialah ahli politik dan menteri besar yang baik. Beliau melayan media dan orang ramai dengan budiman.
Sebelum 18 Ogos 2000 siapa yang kenal akan Mohamad Khir kecuali kalangan orang Umno dan BN Selangor? Hanya selepas itu namanya dikenali apabila dilantik menjadi menteri besar menggantikan Abu Hassan Omar.
Dan Dr Mahathir Mohamad itulah yang memilih Mohamad Khir menjadi menteri besar. Bukan tidak ada orang lain yang lebih senior dalam Umno Selangor.
Tapi Mahathir membuat kejutan dengan menuding jarinya kepada doktor gigi itu untuk mentadbir Selangor.
Datang pula orang 'ganteng'
Kali ini Mohamad Khir muncul di pentas parti. Tujuannya tentulah berkempen untuk Umno. Dan Umno itu matlamatnya mahu mengalahkan PH yang Mahathir adalah perdana menterinya.
Kemudian semalam muncul pula Ahmad Zahid. Siapa tidak kenal anggota parlimen Bagan Datuk itu? Orangnya ganteng dan semangatnya membara. Khabarnya gemar pula melakukan pelbagai amal kebajikan melalui yayasannya.
Selain darah Jawa yang ada pada Mohamad Khir dan Ahmad Zahid, kedua-dua mereka juga ada persamaan lain. Ahmad Zahid dan Mohamad Khir sudah didakwa di mahkamah.
Ia lebih sedikit daripada Najib yang berdepan 42 tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
Dan ketiga-tiga mereka adalah watak penting yang sedang memberi tunjuk ajar kepada lebih 54,400 pengundi berdaftar di Semenyih supaya memangkah calon BN yang disokong PAS, Zakaria Hanafi, 58, dan menolak yang lain-lain.
Ahmad Zahid juga dipercayai baru kali ini muncul secara terbuka untuk menyertai gerak kerja kempen BN sejak bercuti daripada tugasnya sebagai presiden parti.
Semoga banyak pahala
Isa Samad dan Tengku Adnan Tengku Mansor, misalnya.
Selepas hubungan di antara PAS dan Umno terjalin secara terbuka, bagus juga dicuba formula baru di Semenyih.
Nik Abduh juga mesti diberi peluang menyumbang untuk menghalang PH menang, kerana di dalam gabungan itu wujudnya musuh nombor wahid PAS, iaitu DAP.
Mudah-mudahan bertambah lagi pahala buat beliau.
Ada ramai lagi tokoh muda dalam PAS yang layak dibawa bersama. Aturlah majlis dan program untuk mereka. Ada banyak yang boleh dilakukan bersama anggota Umno.
Berkonvoi dengan motosikal berkuasa besar, contohnya.
Tidak keterlaluan juga untuk mengharapkan Irwan Serigar Abdullah dan Arul Kanda Kandasamy dibawa berkempen dan berceramah di Semenyih.
Walaupun didakwa di mahkamah mereka sudah terbukti ialah tokoh ekonomi luar biasa banyak menyumbang kepada negara semasa pemerintahan Najib dulu.
Jika Najib yang "biashe-biashe" boleh mengundang sambutan amat hangat dan diraikan dengan penuh gemilang di Semenyih, apa salahnya Umno membawa bersama tokoh-tokoh lain yang banyak berjasa kepada anggota parlimen Pekan itu, kan?
Mereka bukannya "biashe-biashe" boss-kew!
AL-ABROR MOHD YUSUF ialah wartawan Malaysiakini yang sudah lama tidak menjejakkan kaki di Semenyih.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.